awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada pakatan sulit UMNO, Pas - Mohd Amar

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
15/12/2015
08:45 MYT
Tiada pakatan sulit UMNO, Pas - Mohd Amar
MOHD AMAR: Perjumpaan pimpinan adalah biasa. Dahulu, Allahyarham Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) beritahu pernah jumpa Dr Mahathir, tiada orang tahu. -Gambar fail
Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui memang wujud pertemuan di antara pemimpin Pas dan UMNO dari semasa ke semasa sejak era kepimpinan terdahulu.
Namun, katanya, ia sekadar pertemuan biasa dan tidak melibatkan perbincangan ke arah membentuk kerjasama politik.
"Perjumpaan pimpinan adalah biasa. Dahulu, Allahyarham Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) beritahu pernah jumpa Dr Mahathir, tiada orang tahu," kata Mohd Amar semasa ditemui media di sini hari ini.
Tambah beliau, pertemuan dan perbincangan bukan sesuatu yang pelik dalam arena politik melibatkan dua parti terbesar orang Melayu ini.
Sementara itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengakui dinamik hubungan antara pentadbiran negeri pimpinan Pas dan Pusat diterajui Barisan Nasional telah wujud sekian lama.
"Sebab kerajaan negeri dan pusat memang wujud dalam perlembagaan, jadi dari segi hubungan kerajaan dengan kerajaan khusus dalam perkhidmatan dan tugas pada rakyat mesti ada," kata Ahmad Yakob yang juga Timbalan Mursyidul Am Pas.
Cuma, tambahnya, layanan kepimpinan kerajaan pusat terhadap Pas sejak era pasca pemerintahan Mahathir lebih baik berbanding dahulu.
Topic Berkaitan
#Ahmad Yakob
#kerjasama politik
#Mohd Amar Nik Abdullah
#PAS
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan