awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada siapa boleh halang tubuh parti politik baharu - Takiyuddin

Bernama
Bernama
08/08/2020
11:45 MYT
Tiada siapa boleh halang tubuh parti politik baharu - Takiyuddin
Takiyuddin Hassan berkata mana-mana pihak, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak mempunyai masalah untuk menubuhkan parti politik. - Gambar fail/BERNAMA
Tiada sesiapa pun boleh menghalang penubuhan parti politik baharu oleh mana-mana individu kerana ia adalah hak individu untuk berpersatuan di bawah Perlembagaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan berkata mana-mana pihak, termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak mempunyai masalah untuk menubuhkan parti politik asalkan memenuhi syarat yang ditetapkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
"Di Malaysia, parti politik yang ditubuhkan mencecah puluhan. Ada yang aktif dan ada yang tak aktif. Ada yang 'beli' parti yang ditubuhkan (namun tidak aktif) sekali dengan perlembagaan dan kemudian tukar nama.
"Itu hak individu di bawah Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan untuk berpersatuan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Jaksa Pendamai Kelantan yang turut dihadiri pengerusinya Datuk Seri Zukri Samat, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Takiyuddin, yang juga setiausaha Agung PAS, menjangkakan orang Melayu akan terus berpecah jika Dr Mahathir kekal dengan keputusan untuk menubuhkan parti politik berteraskan Melayu dan pribumi.
"Saya tak pasti apa tujuan Tun (Dr Mahathir) untuk menubuhkan satu lagi parti (berteraskan) orang Melayu. Pengalaman saya bersama Tun beliau seringkali menimbulkan isu perpecahan orang Melayu. Beliau ada pengikut dan Melayu akan semakin berpecah," katanya.
Dalam perkembangan lain, Takiyuddin berkata mana-mana pihak yang membuat ulasan berlebihan mengenai sesuatu perkara yang sedang dibicarakan di mahkamah boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Beliau berkata ini termasuklah kes membabitkan bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam, atas tuduhan meminta rasuah membabitkan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.
"Ia boleh menjadi penghinaan kepada mahkamah. Malah jika sesuatu kes yang masih berjalan di mahkamah dan disebut di Parlimen, ia akan jadi subjudis.
"Jadi ia merupakan satu ingatan kepada masyarakat umum untuk lebih berhati-hati ketika memberikan sebarang komen," katanya.
Semalam, Dr Mahathir mengumumkan penubuhan parti baharu yang belum diberikan nama rasmi, namun ia tidak terikat atau menyokong Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
#Pakatan Harapan
#parti politik
#Perikatan Nasional
#politik
#Takiyuddin
#Tubuh Parti Baru
#Tun Dr Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan