Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, tiada sesiapa yang dapat mematikan roh dan perjuangan parti UMNO.
Malah, Najib yang juga bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, beliau tetap berpegang teguh kepada pendirian berkenaan walaupun kuasa bukan lagi milik parti berkenaan.
"Walaupun ketika kita dalam tangisan, walaupun kita sedang memulakan zaman gerhana, walau tiada lagi kuasa di tangan tetapi tiada sesiapa dapat mematikan roh dan semangat perjuangan UMNO," katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Cawangan-cawangan UMNO Bahagian Pekan di Dewan Amphitheater, Bangunan UMNO Pekan, Pahang.
Kehadiran anggota UMNO Pekan di dewan berkenaan katanya menandakan semangat UMNO masih kuat.
"Yang anehnya, waktu saya jadi perdana menteri, dewan ini tidak macam ini. Yang pelik dan aneh apabila saya tiada jawatan sebagai perdana menteri, dewan ini penuh sampai tak cukup kerusi.
"Ada yang berdiri, ada yang duduk bersimpuh. Saya kira ini adalah tanda semangat UMNO masih lagi kuat," ujarnya.
Dalam pada itu, tegas bekas perdana menteri itu, kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu adalah disebabkan penyelewengan fakta dari parti lawan.
Jelasnya, beliau terkilan dengan perkara berkenaan kerana ia disifatkan tidak adil dalam proses demokrasi.
"Sebelum ini mereka (parti lawan) kata 'perlu selamatkan Malaysia', tetapi hari ini ekonomi Malaysia adalah baik dan kukuh dan boleh membawa negara maju ke hadapan.
"Inilah yang saya rasa terkilan sebenarnya bukan kekalahan itu. Namun kekalahan atas penyelewengan fakta yang sebenarnya," tambahnya.
Rahimah Abdullah
Sun May 20 2018
Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, tiada sesiapa yang dapat mematikan roh dan perjuangan parti UMNO. - Foto Facebook
'Henti serang Rafah atau tiada gencatan senjata' - Hamas
Osama Hamdan tegaskan pilihan kini berada di tangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Hatrik Muhammad Azrai Aizad bantu Speedy Tigers kejutkan New Zealand 6-4
Sarjit menuntut anak buahnya untuk sekali lagi menampilkan aksi terpuji apabila menentang Jepun Rabu ini.
Hidup bersama secara aman antara 10 resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama
Resolusi itu dibacakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
Lintasan Karem Shalom dibuka semula
Susulan tindak kejam israel menutup lintasan Rafah, satu-satunya laluan bantuan kemanusiaan memasuki Gaza.
Amerika Syarikat berkata, mereka dimaklumkan bahawa lintasan Karem Shalom, yang sebelum ini ditutup Israel akan dibuka semula pada Rabu.
Amerika Syarikat berkata, mereka dimaklumkan bahawa lintasan Karem Shalom, yang sebelum ini ditutup Israel akan dibuka semula pada Rabu.
Operasi Israel di Rafah berbentuk terhad
Penasihat keselamatan White House, John Kirby mengesahkan operasi Israel di Rafah bertujuan mengekang penyeludupan senjata dan dana kepada Hamas.
Henti serang Rafah, atau tiada gencatan senjata – Hamas
Kumpulan pejuang Hamas, memberi kata putus kepada Israel untuk menghentikan serangan ke atas Rafah, atau ia menarik diri daripada perjanjian gencatan senjata.
Isu teknikal: Lapangan Terbang Antarabangsa UK alami masalah sistem e-gate
Sistem laluan automatik (e-gate) di beberapa lapangan terbang antarabangsa United Kingdom mengalami masalah teknikal pada malam Selasa menyebabkan orang ramai terpaksa beratur panjang dan menunggu lebih lama.
TikTok saman kerajaan Amerika Syarikat
TikTok dan syarikat induknya di China, ByteDance memfailkan saman ke atas kerajaan Amerika Syarikat susulan tindakan pengharaman aplikasi itu.
Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula - Ahmad Zahid
Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula bagi meningkatkan daya tahan serta mengukuhkan kesiapsiagaan dan keupayaan negara dalam menguruskan bencana dengan lebih baik.
Empat stesen monorel ditutup sementara - Rapid Rail
Empat stesen monorel ditutup sementara untuk kerja-kerja pembersihan dan baik pulih susulan insiden pokok tumbang berhampiran Stesen Monorel Bukit Nanas petang Selasa.
PRK KKB: Bukan kali pertama BN berkempen untuk calon wakili Kerajaan Perpaduan - Zambry
BN dan PH pernah bersama dalam beberapa siri PRK sebelum ini termasuk Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor dan terbaharu di DUN Kuala Kubu Baharu.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.