awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tian Chua kekal anggota Parlimen sehingga selesai proses undang-undang - Ronald Kiandee

Bernama
Bernama
09/03/2017
22:00 MYT
Tian Chua kekal anggota Parlimen sehingga selesai proses undang-undang - Ronald Kiandee
Tian Chua, atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, masih boleh membuat rayuan sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan. - Gambar fail
Status Tian Chua sebagai Anggota Parlimen Batu tidak terlucut serta-merta sekalipun beliau didenda RM3,000 oleh mahkamah hari ini, kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Ronald Kiandee.
Beliau berkata ini kerana Tian Chua, atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, masih boleh membuat rayuan sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan.
"Jadi sehingga selesai prosesnya nanti, jika dia masih didapati bersalah, barulah kedudukannya sebagai anggota parlimen terlucut mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada Bernama di Bangunan Parlimen di sini.
Tian Chua yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, didenda RM3,000 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya selepas didapati bersalah menyebut perkataan mengaibkan kepada seorang pegawai polis, tiga tahun lalu.
Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, seorang anggota parlimen yang disabitkan dengan kesalahan dan dihukum penjara lebih setahun atau didenda RM2,000, akan terlucut kedudukannya sebagai anggota Dewan Rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Parti Keadilan Rakyat
#Tian Chua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan