BERA: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau hendak bersara daripada politik, sebaliknya menegaskan akan terus aktif dalam dunia politik selaku Ahli Parlimen Bera, walaupun tidak lagi bergelar naib presiden UMNO.
Ismail Sabri berkata beliau juga, akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding, apabila dimaklumkan Setiausaha UMNO Bera bahawa dirinya merupakan calon tunggal untuk jawatan itu, selepas tiada pencalonan lain diterima apabila tempoh pencalonan ditutup pada 5 petang, 26 Februari.
"Saya masih Ahli Parlimen Bera, jadi saya akan terus menjalankan tugas sebagai Ketua Bahagian... jadi tiada sebab untuk saya nak bersara. Saya tidak pernah kata hendak bersara, cuma saya beri bayangan yang saya tidak bertanding sebagai Naib Presiden," katanya.
Ismail Sabri berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Latih Amal Bera 2023 di Bera Waterfront di sini hari ini, anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang melibatkan latihan menyelamat semasa banjir, yang disertai 70 wakil agensi penyelamat dan ketua komuniti setempat sekitar daerah itu.
Walaupun difahamkan beliau telah menang tanpa bertanding, Ismail Sabri berkata beliau akan menunggu keputusan muktamad daripada Ibu Pejabat UMNO, mengenai keputusan jawatan Ketua UMNO Bahagian Bera.
Mengulas jika beliau akan membuat kemunculan semula dalam apa-apa jawatan tertinggi parti pada masa depan atau terus mempertahankan kerusi Ahli Parlimen Bera pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, Ismail Sabri berkata ia akan ditentukan oleh masa.
"Lima tahun masa yang panjang. Saya sudah tua pada waktu itu... sudah 68 tahun. Pada sesetengah orang usia 68 masih muda dan ada orang berasa tua. Tengoklah... (Untuk bertanding PRU), saya sudah melahirkan pemimpin muda di Bera.
"Kalau mereka tunjukkan prestasi dengan baik, saya tiada masalah untuk memberi laluan kepada mereka. Lima tahun tempoh yang panjang, apa-apa boleh terjadi... kita tunggu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 28 2023

Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding. - Gambar fail/Bernama

Peniaga pakaian didakwa buat hantaran hina Islam
Seorang peniaga pakaian mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan membuat hantaran menghina Allah, nabi dan agama Islam di laman sosial Facebook.

Empat atlet Perak bawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Khas Dunia
Empat atlet dari Negeri Perak antara yang akan mewakili negara pada Sukan Olimpik Khas Dunia yang berlangsung di Berlin, Jerman pada 17 hingga 25 Jun ini.

Pelukis Francoise Gilot meninggal dunia
Gilot menderita penyakit jantung dan paru-paru.

Kaherah bakal menjadi tuan rumah untuk Forum Urban Sedunia ke 12 (WUF12)
Pemilihan itu diumumkan dalam satu sidang media di Perhimpunan UN-Habitat di Nairobi, Kenya.

Dakwaan Empangan Chereh pecah tidak berasas
Tidak ada laporan dari mana-mana pihak berkaitan termasuk penduduk setempat dan Kerajaan Negeri Pahang mengenai perkara tersebut.

Lima sekeluarga ditahan kerana miliki pistol, dadah
Lima sekeluarga termasuk dua pelajar sekolah ditahan kerana memiliki dadah dan sepucuk pistol dalam serbuan di Kampung Takang, Tawang, Bachok.

Kenyataan Anwar bahawa Singapura guna OPR tidak benar - Dr Mahathir
Dr Mahathir menjelaskan, Monetary Authority of Singapore (MAS) tidak ada dasar OPR sejak tahun 1980an lagi.

Buang sisa kimia ke sungai Melaka, kilang elektronik didenda RM30,000
Sebuah kilang elektronik berasaskan semikonduktor didenda RM30,000 atas pertuduhan melakukan pencemaran sisa kimia ke dalam Sungai Melaka, tahun lalu.

Tuntutan Sulu: Kerajaan ambil segala tindakan pertahan kedaulatan negara - Azalina
Kerajaan mempunyai asas untuk mempercayai bahawa tuntutan itu bermotifkan kewangan, yang dibiayai oleh pembiaya litigasi yang tidak berpangkalan di Asia.

UN-Habitat: Puteri Arab Saudi sangkal dakwaan dana punca krisis dunia tidak dapat diselesaikan
Setiausaha Agung di Alwaleed Philanthropies ini turut mengingatkan bahawa krisis-krisis yang berlaku di seluruh dunia pada hari ini bukanlah perkara yang baharu.

Ismail Sabri dilantik Presiden Kehormat Pertubuhan UAV Dunia
Watikah lantikan tersebut diserahkan Presiden WUAVF, Jincai Yang dalam satu majlis sempena Kongres Dron Dunia Ke-7 di Shezen, China.

Bicara kes komunikasi jelik Lokman Adam bermula September
Perbicaraan Lokman Noor Adam yang didakwa membuat dan memulakan komunikasi jelik terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan akan bermula September ini.

'Banyak keputusan sukar diambil ketika bersama Ismail Sabri' - KJ
Khairy berkata, berkhidmat di bawah Ismail Sabri dan memegang portfolio sebagai Menteri Kesihatan pada ketika itu merupakan satu episod yang tersendiri.

Kebebasan media: Beberapa akta perlu dilihat semula - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru supaya undang-undang seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dilihat semula.

Indeks Kebebasan Akhbar 2022: Malaysia di kedudukan tertinggi negara ASEAN
Kedudukan Malaysia di 113 daripada 180 dengan skor 51.55 dan merupakan yang tertinggi dalam kalangan negara ASEAN.

'Taut kembali kasih terpisah, cinta terlerai' - Ismail Sabri
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta orang ramai mengambil peluang sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk menautkan kembali kasih terpisah dan cinta terlerai.

'Bukan kahwin paksa tetapi dijodohkan orang tua' - Mahfuz bidas Ismail Sabri
Kerjasama PH dan BN adalah perkahwinan hasil jodoh yang dipertemukan oleh orang tua, kata Mahfuz.

Kahwin paksa: Loke ingatkan Ismail Sabri, kerjasama PH-BN atas nasihat Agong
Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) adalah kerjasama politik yang turut digalakkan Yang di-Pertuan Agong.

Ismail Sabri jalani pembedahan mata
Prosedur pembedahan berlangsung selama dua jam dan selesai kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Pilih pemimpin kembali julang maruah UMNO - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan seluruh ahli UMNO supaya membuat pilihan tepat ketika sesi pemilihan Naib Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu pada Sabtu.