SIBU: Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Joseph Salang Gandum menzahirkan ucapan terima kasih kepada Menteri di Pejabat Premier Sarawak, Datuk John Sikie Tayai, kerana membuat keputusan tidak bertanding dalam pemilihan Presiden parti kali ini.
Menurutnya, ia satu keputusan yang besar, dengan meletakkan keutamaan kepada perpaduan dan pengukuhan parti itu.
"Tindakan beliau persis seorang negarawan, yang dengan berbesar hati menolak untuk bertanding jawatan Presiden walaupun mendapat banyak pencalonan.
"Saya juga berterima kasih kepada semua pemimpin lain yang telah berkorban dalam pelbagai cara untuk mengelak daripada mewujudkan keretakan dalam parti.
"Sekarang mari kita mula bergerak ke hadapan dan menjadikan PRS sebuah parti yang menjaga semua ahli dan membahagiakan semua yang terlibat dengannya,’’ katanya ketika menyampaikan berucap dalam Persidangan Tritahunan PRS di sebuah hotel terkemuka di sini pada Ahad.
Persidangan tersebut dirasmikan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang juga Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
BACA: Sah! Joseph Salang Gandum kini Presiden PRS
Bagi pemilihan parti yang dijadual berlangsung petang ini, semua jawatan tertinggi tidak akan dipertandingkan, dengan Salang akan dinobatkan sebagai Presiden yang baharu.
Turut disahkan jawatan ialah Timbalan Presiden, yang kini dipangku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju, Datuk Majang Renggi.
Jawatan Presiden sejak empat penggal lalu disandang mendiang Tan Sri James Jemut Masing yang meninggal dunia pada Oktober tahun lalu akibat komplikasi COVID-19.
Nazrin Hamdan
Sun Apr 24 2022

Majlis Tertinggi Parti Rakyat Sarawak (PRS) pada 21 April lalu bersetuju melantik pemangku presiden parti itu Datuk Joseph Salang Gandum sebagai presiden baharu. FOTO: Astro AWANI

Fernandinho ucap selamat tinggalkan kepada Man City
Paranaense mengesahkan Isnin lalu bahawa perjanjian telah disediakan untuk menandatangani semula Fernandinho.

AWANI Ringkas: Peranan media sampaikan berita sebenar
![]TERKINI] Majlis Pelancaran Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia ]TERKINI] Majlis Pelancaran Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976090/thumbnails/11644311681656647904910_640x360.jpg)
]TERKINI] Majlis Pelancaran Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri melancarkan Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia bersama Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan. #AWANInews #MalaysiaBangkit

Mini KUD platform usahawan perkasa produk tempatan
Program Mini KUD ini antara inisiatif KPLB bagi melahirkan usahawan luar bandar yang lebih cekap mengurus perniagaan.

Modul antirasuh diperluas dalam kalangan pelajar TVET
Rancangan memasukkan modul KIAR ke dalam silibus pelajar TVET dijangkakan dilaksanakan seawal-awalnya pada Ogos tahun ini.

Tiada lagi pendekatan 'tembok besi' antara kerajaan - pembangkang, kata Annuar
'Tembok besi' antara kerajaan dan pembangkang tidak boleh diambil lagi kerana kestabilan politik demi menjaga kebajikan Keluarga Malaysia.

Diskaun 90 peratus kompaun di bawah Akta Syarikat 1965 dilanjut
Di bawah insentif ini, syarikat dan pengarah syarikat layak mendapat pengurangan 90 peratus dari nilai asal kompaun.

Warga emas cedera dirodok bison jantan di taman negara AS
Kejadian berlaku pada Rabu ketika wanita berusia 71 tahun tersebut bersama anaknya sedang berjalan menuju ke kereta mereka.

MyEzyCover.com bakal manfaatkan 1.6 juta penjawat awam tetap, kontrak
Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia MyEzyCover.com bakal memberi manfaat kepada 1.6 juta penjawat awam termasuk bertaraf kontrak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

MyEzyCover.com akan diperluas kepada GLC, GLIC, sektor swasta
Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia MyEzyCover.com akan diperluaskan kepada kakitangan GLC, GLIC dan sektor swasta dalam masa terdekat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tidak bertanding jawatan Presiden PRS, tindakan Sikie persis negarawan - Salang
Datuk Joseph Salang Gandum menzahirkan ucapan terima kasih kepada Datuk John Sikie Tayai kerana membuat keputusan tidak bertanding dalam pemilihan Presiden parti kali ini.

Sah! Joseph Salang Gandum kini Presiden PRS
Joseph Salang Gandum akan menggalas tanggungjawab yang sebelum ini digalas mendiang Tan Sri Dr James Jemut Masing yang meninggal dunia pada 30 Oktober tahun lalu.

Pemergian Masing: Saya tidak gila kuasa sandang kerusi Presiden PRS - Salang
Timbalan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Joseph Salang Gandum menegaskan dia tidak gila kuasa untuk menduduki kerusi Presiden selepas pemergian Tan Sri James Jemut Masing.

Pemilihan calon bagi kerusi DUN Baleh perlu ambil kira nasihat Abang Johari
Menurut Pemangku Presiden PRS, Datuk Joseph Salang Gandum, setakat ini parti itu belum mempunyai mana-mana calon yang boleh diutarakan.