KUALA LUMPUR: Situasi ekonomi yang masih mencabar menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar untuk terus memegang dua portfolio.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad menjelaskan, terdapat perkara-perkara melibatkan ekonomi dan kestabilan yang memerlukan Perdana Menteri terus memegang jawatan Menteri Kewangan.
Nik Nazmi berkata demikian ketika menjawab soalan adakah wajar Anwar melepaskan jawatan Menteri Kewangan selepas enam pilihan raya negeri.
"Pada saya tidak perlu untuk Perdana Menteri melepaskan jawatan Menteri Kewangan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
"Bagi saya kerana buat masa ini situasi ekonomi itu masih lagi mencabar dan kerajaan ini juga walaupun ada majoriti dua pertiga, tetapi ia juga merupakan ia satu yang agak baru di Malaysia iaitu post electoral coalition.
"Jadi atas dasar itu saya merasakan ada beberapa kepentingan dari sudut ekonomi, dari sudut kestabilan yang memerlukan Perdana Menteri terus memegang jawatan Menteri Kewangan," katanya ketika ditemu bual dalam podcast Keluar Sekejap yang dikendalikan Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan.
Ditanya tentang peluang Pakatan Harapan (PH) untuk menawan Kelantan, Nik Nazmi menjelaskan gabungan itu mampu melakukan perkara itu dalam tempoh lima tahun akan datang biarpun pengundi di negeri tersebut dikenali dengan budaya politiknya sendiri.
Nik Nazmi menjelaskan, perkara tersebut boleh dilakukan jika mengambil pendekatan yang dapat menawan hati pengundi.
Beliau memaklumkan, biarpun pengundi di Kelantan dilihat selesa dengan Pas, tetapi ia bukan sesuatu yang berkekalan.
"Bagi saya dalam tempoh lima tahun lagi, jika diberikan masa, kita boleh ambil alih Kelantan dengan secara konsisten.
"Of course Kelantan ada budaya dia, dia lain dari negeri lain, tetapi kalau kita address the issues tetapi ambil pendekatan yang ambil hati, ia boleh," katanya.
Beliau juga tidak menolak kerjasama PH dan Barisan Nasional (BN) membantu untuk mengambil alih Kelantan pada masa depan.
"Ya sudah tentu membantu sebab macam saya kata kita kena akui bahawa PH ada beberapa kawasan yang kita tidak kuat.
"Di Kelantan dan Terengganu ni kita tengok UMNO ada base yang lebih baik berbanding Pakatan Harapan," katanya lagi.
Astro Awani
Tue Jul 25 2023

Nik Nazmi menjelaskan, terdapat perkara-perkaara melibatkan ekonomi dan kestabilan yang memerlukan Perdana Menteri terus memegang jawatan Menteri Kewangan. - Gambar fail/BERNAMA
13 maut dalam kebakaran asrama di Almaty
Sekurang-kurangnya 13 maut akibat kejadian kebakaran asrama yang berlaku Almaty, Kazakhstan, awal pagi Khamis.
Penternak anjing protes berhampiran pejabat Presiden Korea Selatan
Kira-kira 200 penternak anjing di Korea Selatan menganjurkan protes berhampiran pejabat Presiden di Seoul, mendesak kerajaan membatalkan rancangan mengharamkan amalan kontroversi memakan haiwan itu sejak beberapa abad lalu.
Pemberhentian perang Israel-Palestin dilanjutkan sehari
Israel dan Hamas hari ini bersetuju melanjutkan pemberhentian perang selama sehari lagi, enam minit sebelum perjanjian pemberhentian perang selama enam hari sebelum ini tamat.
Tebusan warga Thailand tiba di Bangkok
Ketibaan 17 tebusan warga Thailand yang ditahan di Semenanjung Gaza tiba di Bangkok pada petang Khamis, disambut ahli keluarga yang menunggu kepulangan mereka.
Persidangan bermula, bincang pembiayaan projek iklim, nilai kemajuan
Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP28) bermula di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi membincangkan isu mendesak berkaitan pemanasan global serta menilai kemajuan interim yang dicapai oleh masyarakat antarabangsa sejak Perjanjian Paris ditandatangani.
Delegasi, syarikat minyak perlu bekerjasama tangani perubahan iklim
Presiden COP28, Sultan Al Jaber menggesa pada delegasi untuk mencari titik persamaan dalam dasar bagi memenuhi matlamat iklim global.
Malaysia-India komited teroka bidang kerjasama baharu
Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Menteri Hal Ehwal Luar dan Pendidikan India, Dr Rajkumar Ranjan Singh di Kuala Lumpur pada Khamis
Perdana Menteri terima kunjungan hormat Prabowo
Menganggap Prabowo sebagai sahabat lama, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuan itu membincangkan pelbagai isu terkait kepentingan bersama Malaysia dan Indonesia.
Malaysia pertama di Asia Tenggara guna rangkaian komunikasi 4G
Malaysia bakal melakar sejarah sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan rangkaian komunikasi LTE-Railway (LTE-R) menggunakan 4G pada kereta api penumpang di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665km.
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara 6 bulan, denda RM500
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret Marang atas kesalahan menggantung dan mengibar bendera Israel.

IWK dijangka tidak perlu subsidi kerajaan bermula tahun depan - Nik Nazmi
Indah Water Konsortium (IWK) dijangka tidak lagi memerlukan subsidi daripada kerajaan bermula tahun hadapan berikutan usaha pengoptimuman konsesi itu bagi kos pengurusan dan pengoperasian.

Kerajaan agih RM100 juta laksana kerja kecemasan luar jangka hadapi banjir
Kerja-kerja kecemasan itu merangkumi skop memulihkan sistem saliran dan perparitan, jalan dan jambatan serta memulihkan struktur kawalan banjir.

Malaysia minat belajar daripada Korea Selatan untuk majukan ekonomi hidrogen
Langkah itu penting bagi memajukan keupayaan teknologi hidrogen negara bagi melengkapkan usaha pembangunan ekonomi hidrogen di Malaysia.

Kesepakatan rentas parti antara kerajaan negeri perlu diperkukuh untuk jamin bekalan air
Soal tarif juga perlu diberi perhatian kerana sektor air disifatkan sebagai tidak ekonomi di Malaysia, memandangkan ia berada pada kadar terlalu rendah.

NRECC bincang dengan pihak berkaitan tambah baik sistem sampah Pasar Selayang
Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan berhubung penambahbaikan sistem pembuangan sisa sampah di Pasar Selayang.

Projek jangka pendek, penyelenggaraan kolam takungan antara kesiapsiagaan hadapi monsun
Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim bersiap sedia menghadapi musim Monsun Timur Laut yang dijangka dalam masa terdekat.

Belum ada maklum balas berhubung cadangan kerjasama tangani jerebu dengan Indonesia
Kerajaan belum menerima sebarang makluman daripada Kerajaan Indonesia berhubung kerjasama dua negara bagi menangani masalah jerebu rentas sempadan.

NRECC kaji keperluan teruskan penggubalan RUU Jerebu Rentas Sempadan
NRECC akan terus mengkaji sama ada terdapat keperluan meneruskan penggubalan Rang Undang-Undang Jerebu Rentas Sempadan bagi menangani krisis jerebu di negara ini.

Penjimatan bil utiliti RM100 bilion menerusi EECA - Nik Nazmi
Penguatkuasaan undang-undang itu juga mampu mencapai anggaran penjimatan pelepasan karbon hampir 200,000 kiloton (koCO2).

Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.