Pakatan Harapan (PH) tidak harus bersifat angkuh untuk menolak kalangan pemimpin UMNO yang sudah insaf serta berhasrat untuk membantu gabungan berkenaan.
Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, tidak salah untuk menerima bekas pemimpin UMNO yang baik selain yakin tapisan sudah dibuat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sendiri.
"Saya yakin Bersatu telah membuat tapisan yang amat rapi sebelum menerima tujuh orang bekas pemimpin-pemimpin UMNO untuk menyertai parti tersebut.
"Kita harus bersikap inklusif. PH juga tidak harus bersikap rigid dan terlalu angkuh untuk menolak kalangan yang sudah insaf serta berhasrat ke arah membantu kita.
"Sekiranya kita membuat tapisan rapi dan memilih bekas-bekas pemimpin UMNO yang baik untuk menyertai mana-mana parti politik di bawah PH, ianya bakal memberi manfaat," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.
BACA: Tujuh bekas Ahli Parlimen UMNO sertai Bersatu, mahu kuatkan kepimpinan Dr Mahathir
TONTON: Tujuh bekas ahli UMNO sah jadi ahli Bersatu
Tujuh Ahli Parlimen yang juga bekas pemimpin UMNO yang menyertai Bersatu baru-baru ini ialah Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing); Datuk Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor); Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut); Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam), Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah) dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah).
Bagaimanapun, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, menganggap kemasukan bekas wakil rakyat UMNO itu tidak akan melemahkan parti terbabit, sebaliknya melunturkan semangat penyokong PH, selain melihat tindakan Bersatu sebagai mengutip 'sampah' serta berlawanan dengan mandat rakyat semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Dalam pada itu kata Khairuddin, dia sendiri adalah bekas ahli dan pemimpin akar umbi UMNO namun menjunjung falsafah Amanah apabila menyertai parti itu.
"Proses asimilasi dalam barisan PH berlaku secara baik dan licin bagi diri saya. Kini saya berjuang mengikut acuan dan arah tuju PH.
"Bila berada dalam PH, saya juga tidak berasa janggal. Semua pihak tidak perlu risau kerana proses asimilasi akan berlaku secara natural dan baik.
"Lagi ramai pemimpin-pemimpin yang baik menyertai kita, maka lebih kuat barisan perjuangan PH," katanya.
Tambahnya, ada cara untuk memantau kalangan yang baru menganggotai PH sendiri.
"Banyak cara dan tindakan yang boleh kita ambil sekiranya mereka mendatangkan masalah di masa hadapan.
"Tun Dr Mahathir Mohamad adalah tokoh negarawan yang banyak ilmu politik. Apabila beliau menerima beberapa bekas pemimpin-pemimpin UMNO, maka adalah sebab musababnya beliau bertindak sedemikian.
"Pembacaan politik Dr Mahathir amat rapi dan mendalam. Beliau adalah tokoh negarawan yang berpandangan jauh," tegasnya.
Tambahnya, mana-mana pihak tidak harus mencurigai tindak-tanduk Dr Mahathir selepas secara konsensus menerima serta melantiknya sebagai Perdana Menteri di bawah PH.
Jelasnya, tindakan Dr Mahathir amat ikhlas bagi memantapkan lagi saf perjuangan PH sendiri.
Astro Awani
Fri Feb 15 2019
KHAIRUDDIN: Saya yakin Bersatu telah membuat tapisan yang amat rapi sebelum menerima tujuh orang bekas pemimpin-pemimpin UMNO untuk menyertai parti tersebut. - Gambar AWANI / SHAHIR OMAR
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Dr Mahathir akan jumpa MN bincang hala tuju NGO Melayu
Dalam perjumpaan itu nanti, keduanya akan berbincang mengenai hala tuju NGO Melayu dan usaha mengukuhkan penyatuan orang Melayu.
Khairuddin letak jawatan Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan
Khairuddin hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz Mahathir.
Khairuddin menang saman, dapat ganti rugi RM300,000
Ahli politik, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini memperoleh ganti rugi RM300,000 oleh Mahkamah Tinggi kerana ditahan menyalahi undang-undang, tujuh tahun lepas.
Pembangunan Kg Sungai Baru: Pejuang mahu SPRM siasat dana RM42 juta pemaju
Pejuang membuat laporan kepada SPRM, bagi membolehkan siasatan dilakukan sekiranya dana tersebut digunakan untuk menyogok pihak tertentu.
Pendakwaan terhadap Khairuddin tidak hanya bersandarkan lima laporan polis luar negara - Saksi
Datuk Masri Mohd Daud, yang mengendali kes itu pada 2015, berkata pendakwaan terhadap Khairuddin juga dibuat berdasarkan keterangan lain.
Semua pihak harus bersatu sebagai Keluarga Malaysia untuk bina semula Malaysia Baharu - Khairuddin
Khairuddin berkata, Dr Mahathir mempunyai formula tersendiri bagi membantu negara untuk menyelesaikan isu pandemik COVID-19 yang berada di tahap yang amat mengerikan kini.
Menghadap Agong: Istana Negara jadi tumpuan mulai esok
Esok Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka akan menerima menghadap ketua-ketua parti politik di Istana Negara.
Pejuang sahkan dipanggil menghadap Agong
Parti yang masih dalam proses pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengesahkan menerima surat dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Khairuddin tidak sebut nama Najib dalam laporan polis berhubung isu 1MDB - Defendan
Defenden berkata, Khairuddin tidak menyebut nama mana-mana individu termasuk Najib dalam laporan polis yang dibuatnya berhubung isu 1MDB.
'Tindakan polis tahan saya di bawah SOSMA untuk lindungi Najib' - Khairuddin
Khairuddin memberitahu Mahkamah Tinggi penahanannya oleh polis di bawah SOSMA adalah untuk melindungi Najib.