awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga muka baharu DAP Sarawak diumum

Malissa Sahari
Malissa Sahari
23/04/2018
21:54 MYT
Tiga muka baharu DAP Sarawak diumum
Sarawak umum tiga muka baharu untuk kerusi DAP pada PRU14. - Astro AWANI/Malissa Sahari
Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak umum tiga muka baharu untuk kerusi DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Ia menyaksikan Edward Andrew Luwak bagi Parlimen Serian, Tony Chan Yew Chiew Parlimen Bintulu dan Dr Kelvin Yii Lee Wuen mewakili Parlimen Bandar Kuching.
Pengerusinya, Chong Chien Jen turut umum dua kerusi menyaksikan beliau akan bertanding di Parlimen Stampin sementara Parlimen Mas Gading pula diwakili Mordi Bimol.
Keputusan diumumkan sendiri oleh Chong yang juga selaku Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak selepas mengadakan ceramah di luar perkarangan Pejabat DAP di Batu Kawa, Kuching.
Turut hadir Penasihat DAP Pusat Lim Kit Siang, pengerusi Parti Keadilan (PKR) merangkap timbalan pengerusi PH Sarawak, Baru Bian dan pengerusi Amanah Sarawak, Fidzuan Zaidi.
19 April lalu, DAP Sarawak meletakkan calon mereka di empat kerusi parlimen di zon tengah iaitu Alice Lau di Parlimen Lanang, Ocsar Ling Chai Yew Parlimen Sibu, Wong Lin Biu Parlimen Sarikei dan Parlimen Kapit pula Paren Nyawi.
Keseluruhannya DAP Sarawak akan bertanding di sembilan kerusi Parlilmen pada 9 Mei nanti.
P.192 (Mas Gading) Modi Bimol P. 195 (Bandar Kuching) Dr Kelvin Yii P. 196 (Stampin) Chong Chien Jen P. 199 (Serian) Edward Andrew Luwak P. 208 (Sarikei) Wong Lin Biu P. 211 (Lanang) Alice Lau Kiong Yieng P. 212 (Sibu) Ocsar Ling Chai Yew P. 215 (Kapit) Paren Nyawi P. 217 (Bintulu) Tony Chan Yew Chiew
Topic Berkaitan
#DAP
#Lim Kit Siang
#MalaysiaMemilih
#Pakatan Harapan
#Parlimen
#PKR
#PRU14
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan