awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
PM Anwar dukacita insiden pegeboman masjid di Islamabad
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan lengah peruntukan di negeri pembangkang tidak tepat dengan prinsip Islam, demokrasi - Hadi

Astro Awani
Astro Awani
28/02/2023
07:22 MYT
Tindakan lengah peruntukan di negeri pembangkang tidak tepat dengan prinsip Islam, demokrasi - Hadi
Abdul Hadi berkata, perlu disedari bahawa berlaku banyak ketinggalan terhadap orang Melayu dan Bumiputera yang banyak berada di kawasan pedalaman. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan tindakan melengahkan peruntukan di kawasan dan kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang adalah tidak tepat dengan prinsip Islam serta demokrasi.
Abdul Hadi menegaskan, perbuatan itu juga terlalu jauh daripada ajaran Islam yang menjadi agama rasmi negara sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“ALLAH SWT tetap memberikan rezeki kepada seluruh hamba-Nya termasuklah kepada hamba-Nya yang derhaka melawan-Nya. Adapun kesalahan yang telah dilakukan itu akan dibuat perkiraan dalam aspek yang lain dengan pembicaraan yang adil.
“Selepas pilihan raya, semua pihak menjadi rakyat kepada mana-mana kerajaan yang memerintah, inilah konsep demokrasi yang betul.
“Janganlah dalam bab cukai diambil daripada semua, bab hasil bumi pula dikebas daripada semua negeri termasuklah negeri pembangkang dan rakyat pembangkang, tetapi dalam urusan mentadbir dan membahagikan peruntukan, dibeza-bezakan,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Selasa.
Sidang Parlimen | Lengah peruntukan di negeri pembangkang tidak demokratik
Abdul Hadi berkata, perlu disedari bahawa berlaku banyak ketinggalan terhadap orang Melayu dan Bumiputera yang ramai berada di kawasan pedalaman, di Pantai Timur, Utara Semenanjung dan Malaysia Timur iaitu Sarawak dan Sabah.
“Perkara tersebut katanya, berlaku sejak zaman penjajah lagi mengikut penyusunan masyarakat yang telah dibentuk oleh mereka bagi mewujudkan ketegangan pada masa hadapan, melalui kesempatan memeras semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.
"Selain itu, ia dilakukan bagi mengadu domba dalam kalangan mereka dengan meletakkan kaum Cina di kawasan bandar dan lombong, kaum India di kawasan estet dan membiarkan Melayu dan Bumiputera di kawasan luar bandar, dengan mewujudkan jurang ekonomi dan sosial,” katanya.
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Abdul Hadi Awang
#peruntukan negeri
#negeri pembangkang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan