awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan letak jawatan adalah 'luar biasa' - AJK PAS Pusat

Bernama
Bernama
16/03/2015
12:36 MYT
Tindakan letak jawatan adalah 'luar biasa' - AJK PAS Pusat
Tindakan 17 anggota jawatankuasa PAS Batu yang meletak jawatan secara tiba-tiba hari ini disifatkan sebagai 'tindakan luar biasa'. - Gambar Fail
Tindakan 17 anggota jawatankuasa PAS Kawasan (Bahagian) Batu yang meletak jawatan secara tiba-tiba hari ini disifatkan sebagai 'tindakan luar biasa'.
Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad berkata mereka seharusnya mengadakan perbicangan dalam mesyuarat agung tahunan kawasan jika mempunyai sebarang pandangan, selain mengemukakan calon baharu atau mengekalkan presiden sekarang.
"Jangan bertindak di luar peruntukan perlembagaan. Kalau bertindak sebegini dah dikira luar daripada kebiasaan", katanya kepada pemberita.
Kesemua 17 anggota PAS Kawasan Batu diketuai Yang Dipertuanya Ishak Surin, meletak jawatan atas alasan tidak lagi sehaluan dengan kepimpinan pusat parti.
Antara yang turut meletak jawatan serta-merta ialah Timbalan Yang Dipertua Datuk Shuhaimi Ab Rahaman, Naib Yang Dipertua Datuk Tarmizi Mohd Jam, Setiausaha Kawasan Datuk Ismail Yahaya dan Ketua Penerangan kawasan Marzuki Zakaria.
Exco Dewan Pemuda PAS Ahmad Marzuk Shaary pula menyifatkan tindakan mengejutkan itu sebagai gerakan tidak sihat kepada parti yang mementingkan kesepakatan dan perpaduan.
"Kalau marahkan nyamuk jangan bakar kelambu. Sepatutnya bincang dahulu, tapi apa yang berlaku mereka ni awal-awal lagi dah berundur dan mengalah," katanya.
Beliau bagaimanapun yakin perkara itu hanya soal terpencil dan tidak akan mendatangkan masalah serius kepada parti.
Seperti Khalid, Ahmad Marzuk juga bersetuju supaya kesemua anggota terlibat berbincang untuk menyelesaikan apa jua pertikaian dan masalah yang timbul.
Topic Berkaitan
#Batu
#Khalid Samad
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan