Tindakan empat parti komponen Barisan Nasional (BN) di Sarawak keluar daripada gabungan itu dilihat sebagai satu perkembangan baik kepada Pakatan Harapan (PH), kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu.
Menurutnya, walaupun parti-parti tersebut tidak menyertai PH tetapi tindakan keluar BN itu dilihat kerana mereka mahu bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan yang ditadbir PH.
"Kalau mereka tidak menyertai PH tetapi menyokong kita, barangkali kita boleh dapat sehingga majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat yang mana kita boleh buat pindaan-pindaan terhadap undang-undang yang kita kritik selama ini seperti persempadanan kawasan pilihan raya dan sebagainya.
"Kita akan lihat perkembangan ini dan masih terlalu awal untuk saya komen lanjut tetapi saya yakin tindakan mereka itu mungkin kerana mahu bersama dengan kerajaan di Persekutuan," katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama di sini pada Selasa.
Katanya perkembangan terbaharu itu dijangka dibincangkan secara terperinci dalam mesyuarat Majlis Presiden PH akan datang.
Dalam pada itu, Mohamad yang juga Menteri Pertahanan berharap dua lagi negeri yang berada di bawah pentadbiran BN iaitu Perlis dan Pahang untuk mengikuti jejak langkah Sarawak dan bersama dengan Kerajaan Persekutuan.
Katanya, dua negeri itu terutama Pahang tidak boleh ditadbir tanpa bantuan dan sokongan Kerajaan Persekutuan kerana kebergantungan dan kadar hutangnya kepada kerajaan pusat berada pada tahap yang sangat tinggi.
"Negeri yang paling rendah atau hampir tiada hutang kepada Kerajaan Persekutuan ialah Pulau Pinang. Itulah yang telah dilakukan oleh Ketua Menterinya sebelum ini iaitu Lim Guan Eng dan kita harap beliau akan buat lebih hebat lagi sebagai Menteri Kewangan pula," katanya.
Pengerusi BN Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini mengumumkan bahawa partinya Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sebulat suara keluar daripada BN.
Abang Johari yang juga Ketua Menteri Sarawak ketika mengumumkan perkara itu berkata keempat-empat parti tersebut akan mewujudkan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Beliau menyatakan bahawa GPS akan bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan di bawah PH, namun tidak akan menyertai mereka (PH) dan bergerak secara bebas dengan blok sendiri.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 12 2018
Tindakan empat parti komponen Barisan Nasional di Sarawak keluar daripada gabungan itu hari dilihat sebagai satu perkembangan yang baik kepada Pakatan Harapan (PH), kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu. -Foto Bernama
Kerjasama bersepadu Persekutuan, Negeri selesai isu prasarana sekolah daif Sabah
Kerajaan Sabah akan terus menjalin kerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan dalam usaha memberi suasana dan nafas baharu kepada prasarana sekolah di negeri itu.
Pantau Belanjawan: Tadbir Urus: ‘Spot check’ nilai prestasi penjawat awam
Semua ketua jabatan kerajaan perlu membuat semakan mengejut bagi memerhati pelaksanaan kerja kakitangan bawahan bagi memastikan tiada amalan negatif berlaku dalam jabatan masing-masing agar perkhidmatan awam kekal cekap, relevan dan berkesan. Apakah kaedah dan pendekatan terbaik untuk melaksanakan usaha ini?
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Seorang maut, nahas dua kereta di Ipoh
Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Honda City dan Peugeot.
Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti\
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.
Keputusan kes Nik Elin: Amanah gesa henti sentimen politik
Amanah menggesa mana-mana pihak untuk tidak menjadikan keputusan mahkamah terhadap kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid sebagai sentimen politik.
Isteri kedua Khalid Samad meninggal dunia
Isteri kedua kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad meninggal dunia di sini pada Isnin.
Mahfuz, Dr Hatta dilantik Naib Presiden Amanah
Pelantikan baharu itu turut menyaksikan Muhammad Faiz Fadzil menggalas jawatan Setiausaha Agung parti.
1,008 perwakilan Amanah undi secara e-voting
Secara keseluruhan seramai 98 calon bertanding bagi mengisi jawatan yang dipertandingkan.
Pilihan raya PBT: Perlu situasi 'menang-menang' buat semua kaum - Mat Sabu
Pilihan raya PBT bagi memilih Datuk Bandar dan Ahli Majlis jika ia dilaksanakan semula, perlu memastikan berlaku situasi 'menang-menang'.