awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan pecat pemimpin UMNO tidak bijak - Abdul Rahman

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
05/09/2015
08:33 MYT
Tindakan pecat pemimpin UMNO tidak bijak - Abdul Rahman
Tegas Abdul Rahman, pelbagai versi khabar angin hanya menjadikan kekeliruan kepada semua ahli parti. - Gambar Fail
Pendekatan memecat beberapa pemimpin UMNO menjelang mesyuarat majlis tertinggi bukan satu tindakan bijak ketika pelbagai isu kontroversi melibatkan parti akhir-akhir ini, kata anggota Majlis Tertinggi (MT) parti itu, Datuk Abdul Rahman Dahlan.
"Kita sudah hadapi pelbagai isu yang menyebabkan imej parti tercalar. Saya rasa tiada pengumuman pengguguran berlaku kepada sesiapa pada mesyuarat MT minggu depan.
"Secara peribadi saya tidak fikir ia tindakan yang bijak untuk dilakukan," katanya semasa sidang media selepas lawatan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Wangsa Sari di sini, hari ini.
Abdul Rahman juga menjelaskan mesyuarat MT UMNO yang dijadualkan 9 September ini hanya akan membincangkan isu semasa parti tanpa melibatkan spekulasi pengguguran pemimpin.
Beberapa pesanan di aplikasi pesanan, WhatsApp sejak beberapa hari ini menyatakan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafiee Apdal, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan beberapa pemimpin parti lain akan digugurkan keahlian daripada UMNO pada Mesyuarat MT 9 September ini.
Sebelum ini, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meminta semua pihak tidak mempercayai khabar angin yang mengatakan ada pemimpin parti akan dipecat pada mesyuarat Ahli MT UMNO pada 9 September ini.
Tegasnya, pelbagai versi khabar angin hanya menjadikan kekeliruan kepada semua ahli parti.
Sementara itu, seorang lagi anggota MT UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengulas isu sama dan menyifatkan menganggap khabar angin itu sengaja dicetuskan bermatlamat memecah-belahkan parti.
"Berbagai bagai isu telah pun ditimbulkan terutamanya untuk memecah belahkan parti dan untuk mengurangkan keyakinan ahli kepada pemimpin.
"Jika ahli tidak percaya pemimpin, yang lemah bukan pemimpin itu tetapi yang lemah adalah parti.
"Kalau parti lemah itu mereka (pembangkang) mahukan sehingga akhirnya kita tak mampu menang pilihanraya," katanya kepada media selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bahagian Masjid Tanah di Institut Kemahiran Belia Negara, di Masjid Tanah.
Sebelum ini, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meminta semua pihak tidak mempercayai khabar angin yang mengatakan ada pemimpin parti akan dipecat pada mesyuarat Ahli MT UMNO pada 9 September ini.
Tegasnya, pelbagai versi khabar angin hanya menjadikan kekeliruan kepada semua ahli parti.
Topic Berkaitan
#Abdul Rahman Dahlan
#Majlis Tertinggi UMNO
#Projek Perumahan Rakyat Wangsa Sari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan