awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiong King Sing: Dari dunia korporat ke politik

Bernama
Bernama
03/12/2022
10:07 MYT
Tiong King Sing: Dari dunia korporat ke politik
Tiong dilantik sebagai Menteri Pelancongan, salah seorang daripada 28 Menteri Kabinet yang mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara hari ini. - Gambar fail
KUCHING: Sebelum 1999, Datuk Seri Tiong King Sing lebih dikenali sebagai seorang tokoh korporat sehinggalah beliau diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Parlimen Bintulu pada tahun berkenaan, yang menjadi permulaan langkahnya untuk mengubah haluan menjadi ahli politik.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Tiong dilantik sebagai Menteri Pelancongan, salah seorang daripada 28 Menteri Kabinet yang mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara hari ini.
Bermula sebagai Bendahari Agung Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) di bawah kepimpinan presiden SNAP ketika itu, mendiang Datuk Amar James Wong Kim Min, Tiong, 61, kini dikenali sebagai seorang ahli politik yang bersuara lantang dan telah beberapa kali terjebak dalam pelbagai kontroversi.
Dalam cubaan pertamanya untuk menjadi Ahli Parlimen, beliau telah memenangi kerusi Parlimen Bintulu dalam Pilihan Raya Umum ke-10 (PRU10) dengan menewaskan penyandang kerusi ketika itu, Chiew Chin Sing (DAP) dengan majoriti 1,400 undi.
Pada tahun yang sama juga beliau telah disingkirkan dari SNAP bersama beberapa orang pemimpin lain dalam parti berkenaan, dikatakan kerana melanggar disiplin.
DIARI 100 HARI KABINET KERAJAAN PERPADUAN PM ANWAR IBRAHIM
[LAPOR LANGSUNG] Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan PM Anwar
Di sebalik kontroversi dipecat dari SNAP, popularitinya semakin meningkat apabila dalam PRU11 pada 2004, Tiong mewakili BN menerusi Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), berjaya mempertahankan kerusi Bintulu dengan mendapat majoriti lima angka, menjangkau 10,658 undi dalam pertembungan semula dengan Chiew.
Tiong terus mengukuhkan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Bintulu dengan memenangi empat lagi pilihan raya seterusnya dan pada PRU15 lepas, beliau memperolehi 43,455 undi menewaskan dua calon lain dengan majoriti 22,168 undi.
Beliau yang menjadi Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) sejak 2016 juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak bagi kerusi Dudong yang dimenanginya dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 pada Disember lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tiong King Sing
#Kabinet Baharu
#Anwar Ibrahim
#tokoh korporat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan