Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dengan majoriti 4,510 undi.
Mohamad Hasan menerima 10,397 undian mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH) Dr S Streram yang sekadar mendapat 5,887 undian.
Dua lagi calon, R Malarvizhi (BEBAS) hanya meraih 83 undi manakala seorang lagi calon BEBAS Mohd Nor Yassin menerima 79 undi.
Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK DUN Rantau, Mohd Nizam Tajul Arus di Dewan SJK (C) Bandar Seri Sendayan pada jam 8:45 malam pada Sabtu.
“Dengan ini saya mengisytiharkan bahawa Datuk Seri Mohamad Hasan daripada Barisan Nasional telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi bahagian negeri N27 Rantau,” katanya.
Tambah Nizam, jumlah kertas undi yang ditolak adalah sebanyak 146.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah peratusan keluar mengundi pada PRK Semenyih meningkat kepada 79.3 peratus berbanding enam PRK yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun lalu.
PRK Rantau diadakan selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang mengisytiharkan kemenangan tanpa bertanding Mohamad Hasan pada PRU lalu tidak sah dan terbatal.
Ini selepas Streram, yang juga dicalonkan PH untuk PRU ke-14 lalu, dihalang daripada menghantar borang pencalonan ketika hari penamaan calon pada 28 April 2018.
Ini merupakan PRK ketujuh selepas PRU14 tahun lalu, dengan yang pertama diadakan di DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos, DUN Balakong dan DUN Seri Setia (8 September), Parlimen Port Dickson (13 Oktober), Parlimen Cameron Highlands (26 Januari) dan DUN Semenyih (2 Mac).
Rahimah Abdullah, Sahlizah Mohamed
Sat Apr 13 2019

Datuk Seri Mohamad Hasan dipilih semula sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau. Astro AWANI/SHAHIR OMAR

AWANI Ringkas: Individu terawal terima vaksin di Selangor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MB Selangor, Timb Menteri Kesihatan disuntik vaksin COVID-19 hari ini
Ia sekali gus menandakan bermulanya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan peringkat negeri Selangor.

Azmin Ali ketuai mesyuarat Jabatan Pilihan Raya Perikatan Nasional
Mesyuarat Jabatan Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) yang dipengerusikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berlangsung di Putrajaya pada Rabu malam.

Jurukimpal didakwa rogol remaja sampai lahir anak
Mangsa yang dirogol oleh tertuduh telah melahirkan anak yang kini sudah berusia seminggu dan akan menyambung pelajaran selepas habis pantang.

PTPN dirangka untuk lengkapkan Dasar Perpaduan Negara - Halimah
Proses dan gerak kerja pelaksanaan PTPN ini akan melibatkan pelbagai pihak termasuk agensi-agensi kerajaan dan NGO di semua peringkat.

Perkhidmatan feri Kuala Perlis ke Langkawi beroperasi semula Sabtu ini
Waktu perjalanan dari Kuala Perlis ke Langkawi adalah 11.30 pagi manakala perjalanan dari Langkawi ke Kuala Perlis pada 2 petang.

Industri penerbangan kekal tunai negatif sepanjang 2021 - IATA
Di peringkat industri, syarikat penerbangan dijangka tidak akan mencatatkan tunai positif sehingga 2022.

Jambatan ikonik Tasik Kenyir jadi tarikan baharu di Terengganu
Jambatan itu adalah sebahagian daripada komponen projek pembangunan pusat bebas cukai di tasik tersebut.

Empangan Mengkuang dan tiga lagi lokasi rekreasi dibuka mulai esok
Had kemasukan pengunjung untuk berekreasi ditetapkan dalam jumlah tertentu untuk menjaga SOP penjarakan fizikal.

Politik | Jabatan Pilihan Raya PN bentuk struktur Pilihan Raya negeri
Jabatan Pilihan Raya Perikatan Nasional memutuskan akan segera membentuk struktur Pilihan Raya di peringkat negeri. Perkara itu dinyatakan Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melalui ciapan di laman media sosial Twitter miliknya, pada Khamis.

Parlimen itu dibuka bagi memudahkan perjalanan proses semak dan imbang
Pembukaan persidangan Parlimen adalah bagi memudahkan proses semak dan imbang yang merupakan sebahagian tanggungjawab Ahli Parlimen.

Marzuki dedah Tun M pernah setuju calonkan Muhyiddin sebagai PM
Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan keberatan dicalonkan sebagai Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir Mohamad, meletak jawatan Februari lalu.

Najib Razak jelaskan maksud 'kerjasama dengan seteru politik'
Najib berkata, Tun Abdul Razak juga pernah melakukan perkara sama demi 'kestabilan dalam negara untuk memulihkan negara'.

Pilih pemimpin bukan soal umur sahaja, perlu lihat juga pengalaman, 'wisdom' - Najib
Najib akui keengganan pemimpin UMNO terdahulu untuk lepaskan kepimpinan sehingga berpuluh tahun lamanya, telah menyukarkan generasi muda.

Ahmad Zahid perlu letak jawatan elak 'dibuli' Bersatu - Ahmad Tajuddin
Kegagalan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menguruskan parti dan persepsi dengan kes-kes mahkamahnya menyebabkan UMNO mudah 'dibuli' oleh saingan politiknya.

Gabung BN-PN: Ahmad Zahid 'langgar' keputusan MT - Sumber
Ahmad Zahid menggunakan kuasa vetonya selaku Presiden UMNO untuk menghalang BN daripada bergabung dengan PN walaupun majoriti ahli majlis tertinggi (MT) parti itu memutuskan sebaliknya.

Parti ramai ahli tidak bermaksud menang PRU - MCA
Mana-mana parti yang mempunyai ramai ahli seperti MCA dan UMNO tidak menjamin kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Dapat vaksin bukan alasan desak PRU - Presiden MIC
Perolehan vaksin pada penghujung bulan ini tidak boleh dijadikan faktor untuk mendesak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dilaksanakan secepat mungkin.

Malaysia yang kita banggakan
Selain kepesatan ekonomi, sudah tentu rakyat juga mahukan keselamatan dan kesihatan yang terjamin, lebih-lebih lagi pada waktu pandemik COVID-19 yang mengancam nyawa.

MT UMNO bermesyuarat di Janda Baik
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO tiba di Institut Latihan Memperkasakan Ummah (ILMU) di Janda Baik, di sini untuk menghadiri mesyuarat MT malam ini.