Skip to main content

Politik

'Tolak ansur' BN-PN kekal sehingga PRU16 – Profesor Ulung

BN Kembali Terajui Negeri Sembilan Selepas Lapan Tahun, Bentuk Kerajaan Negeri Bersama PN   -- BERNAMA
BN dan PN secara terbuka membentuk persefahaman politik dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan. - Gambar fail
Advertisement

KUALA LUMPUR: Ketetapan politik 'tolak ansur' yang ditonjolkan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dijangka dikekalkan sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).  

Pengarah dan Pengasas Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Ulung Datuk Shamsul Amri Baharuddin berkata pendekatan itu dilihat boleh meraih lebih banyak sokongan dalam kalangan pengundi.

"Di Negeri Sembilan ini saya tidak panggil (persefahaman BN-PN) ini sebagai kerjasama, sebaliknya ia satu tolak ansur. Di Melaka akan jadi yang sama sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16); yang saya bayangkan akan berlaku hujung tahun ini.  

“Apabila orang ada persepsi bahawa pengundi ada dalam perkiraan parti-parti politik untuk jaga rakyat; bukan jaga poket sendiri sahaja, mereka akan beri undi," katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin.

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, BN dan PN secara terbuka membentuk persefahaman dengan meletakkan calon dan tidak bertembung di 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Daripada 25 kerusi ditandingi, BN menang di 18 kerusi. Manakala PN bertanding di 11 kerusi dan menang 7 kerusi. 

Must Watch Video

Advertisement