awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tolak calon luar di Sungai Siput

Sinar Harian
Sinar Harian
02/05/2018
02:45 MYT
Tolak calon luar di Sungai Siput
Zolkafly (tengah) bergambar bersama penduduk ketika melawat PDM Batang Kulim, di Kota Lama Kanan. - Foto Sinar Harian
Rakyat Sungai Siput perlu menolak calon pembangkang di kawasan itu kerana mereka menampilkan calon luar, bukan anak tempatan seperti ditampilkan Barisan Nasional (BN).
Calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Lintang, Datuk Zolkafly Harun berkata, calon tersebut tidak mempunyai semangat untuk membangunkan kawasan jika mereka menang kerana mereka bukanlah anak tempatan yang benar-benar faham situasi di Sungai Siput.
Menurutnya, beliau bukanlah mahu menghalang mereka bertanding di kawasan tersebut namun beliau berharap rakyat dapat membuat penilaian sepenuhnya terhadap sikap sesetengah calon yang gemar bertanding di kawasan luar.
“Ini tidak memberikan kesan positif kepada pembangunan di sini, kalau mereka kalah sudah tentu mereka lari. Kalau menang pun mereka tidak boleh buat apa kerana mereka bukan kerajaan.
“Jadi kita harap pengundi bijak menilai calon terutamanya calon-calon daripada luar. Yang mereka tahu, mereka nak bertanding, ada yang asal Kelantan tapi bertanding di Perak, asal Johor bertanding di Kedah.
“Untuk memberikan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat, calon-calon tempatan perlu diberi peluang kerana merekalah yang akan bekerja bersama dengan rakyat,” katanya ketika ditemui semasa melawat PDM di Kampung Batang Kulim, di sini.
Beliau berkata, sudah tiba masanya rakyat Sungai Siput memberi peluang kepada BN dalam PRU14 kerana kawasan itu hilang peruntukan sebanyak RM 60 juta sejak pembangkang menerajuinya.
“Sungai Siput sudah ketinggalan 10 tahun, lama dah kita susah dan kita hilang RM60 juta. Sepatutnya dengan duit sebanyak itu kita boleh membantu rakyat dengan memajukan kawasan dan menyampaikan bantuan.
“Jadi kita memerlukan ahli parlimen untuk wang ini disalurkan ke Sungai Siput. Dengan adanya kemenangan calon BN di Parlimen, menang pula di Jalong dan Lintang, ia akan beri impak besar kepada rakyat di sini.
“Sekurang-kurangnya akan ada Exco Negeri dari Sungai Siput malah wakil menteri juga mungkin ada. Jadi, pembangunan dan kebajikan rakyat pasti lebih terjamin,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#calon
#calon luar
#calon tempatan
#DUN Lintang
#Parlimen
#pembangkang
#Perak
#PRU14
#rakyat
#Sungai Siput
#Zolkafly Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan