awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tolak Hadi bererti tolak PAS - Mohd Amar

Bernama
Bernama
25/03/2015
09:17 MYT
Tolak Hadi bererti tolak PAS - Mohd Amar
AMAR: Saya sudah cakap jika berlaku perpecahan dalam PR (Pakatan Rakyat) bukan PAS sahaja yang rugi, DAP pun rugi. - Gambar Fail
Tindakan DAP memutuskan semua hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung pembentangan rang undang-undang (RUU) persendirian di Parlimen bagi membolehkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, adalah seperti menolak PAS.
Menyifatkan demikian, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, "Mana boleh tolak presiden..ia macam tolak parti.
"Saya sudah cakap jika berlaku perpecahan dalam PR (Pakatan Rakyat) bukan PAS sahaja yang rugi, DAP pun rugi.
"DAP belum tentu boleh pertahankan Pulau Pinang jika PAS tiada dalam PR. Kena ingat itu baik-baik," kata Mohd Amar.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata DAP perlu ingat bukan PAS sahaja yang bergantung kepada sekutunya tetapi DAP dan PKR juga bergantung kepada PAS.
"Kita saling memerlukan. Sebab itu saya kata, DAP dan PKR perlu bertindak bijaksana. Kalau tindakan mereka silap, semua akan rugi," katanya.
Jawatankuasa eksekutif Pusat (CEC) DAP yang bermesyuarat kelmarin membuat pendirian memutuskan semua hubungan dengan Abdul Hadi.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng, berkata DAP tidak boleh lagi bekerjasama dengan Abdul Hadi kerana didakwa tidak jujur dan tidak bermaruah.
Guan Eng dilaporkan berkata sehubungan dengan itu DAP akan menolak RUU berkenaan bila dibentangkan di Dewan Rakyat nanti kerana ia telah tidak dirujuk kepada Majlis Pimpinan PR terlebih dahulu untuk perbincangan.
Topic Berkaitan
#DAP
#HADI AWANG
#hudud
#Mohd Amar Nik Abdullah
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan