KUCHING: Soal kuasa yang diperuntukkan untuk timbalan perdana menteri (TPM) adalah lebih penting berbanding hanya diberikan jawatan itu semata-mata, kata Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Menyambut baik cadangan jawatan TPM diwujudkan bagi mewakili Sabah, Sarawak dan Semenanjung, Nanta yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata kuasa seperti meluluskan projek pembangunan atau peruntukan tertentu adalah lebih signifikan berbanding jawatan.
"Sekiranya ada jawatan itu (TPM) nanti, ia mesti ada portfolio tertentu yang boleh beri keberkesanan pada jawatan itu untuk kebaikan Sarawak dan Sabah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis angkat sumpah Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak di sini hari ini.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini dilaporkan mencadangkan tiga jawatan TPM masing-masing mewakili Sabah, Sarawak dan Semenanjung diwujudkan jika BN menang dominan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ahmad Zahid dilaporkan berkata perkara mengenai pelantikan wakil dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung bagi mengisi jawatan TPM itu akan dimasukkan dalam manifesto BN.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 Nov, penamaan calon pada 5 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 25 2022
Nanta berkata kuasa seperti meluluskan projek pembangunan atau peruntukan tertentu adalah lebih signifikan berbanding jawatan. - Gambar fail/BERNAMA
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
PM ke-10: Jawatan TPM, keutamaan pada parti induk, sama ada BN atau GPS - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan berkenaan dengan Kabinetnya, terutama membabitkan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM).
TPM: Yang penting kuasa bukan jawatan - Nanta
Soal kuasa yang diperuntukkan untuk timbalan perdana menteri (TPM) adalah lebih penting berbanding hanya diberikan jawatan itu semata-mata, kata Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Ser
PRU15: Sabah sokong cadangan BN wujud tiga jawatan TPM - Hajiji
Kerajaan Sabah menyokong cadangan Barisan Nasional (BN) untuk mewujudkan tiga jawatan timbalan perdana menteri (TPM), masing-masing mewakili Sabah, Sarawak dan Semenanjung.
Jawatan TPM: 'Saya hanya diminta sedia draf MoA' - Takiyuddin
Takiyuddin berkata dia hanya diminta menyediakan draf perjanjian Memorandum Perjanjian (MoA) berkaitan jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Perjanjian jawatan TPM wujud, Abdul Hadi kena rujuk Takiyuddin - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa sebenarnya memang wujud perjanjian mengenai jawatan Timbalan Perdana Menteri dan kouta Kabinet.
UMNO tidak pernah tahu wujud perbincangan jawatan TPM - Ahmad Maslan
UMNO mendakwa tidak pernah wujud perbincangan jawatan Timbalan Perdana Menteri semasa pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.
Tuntutan jawatan oleh Bersatu tak salah - Annuar
Hasrat Bersatu untuk menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri dan beberapa jawatan Kabinet yang lain tidak dianggap sebagai satu kesalahan.
Permintaan Muhyiddin tidak perlu dilayan, kata Najib
Najib faham permintaan Muhyiddin kepada PM sebab risau lebih ramai pemimpin Bersatu tinggalkan parti.
Muhyiddin bincang dengan PM berkaitan lantikan TPM
Muhyiddin, yang juga Presiden Bersatu berkata pertemuan itu telah diadakan beberapa hari lalu supaya perjanjian PN dengan Perdana Menteri sebelum ini, dapat dipertimbangkan.
Lantik TPM dari Sabah selepas PRU15 - PBS
Parti Bersatu Sabah (PBS) mahu pucuk pimpinan dalam Perikatan Nasional (PN) melihat secara serius dalam melantik Timbalan Perdana Menteri dari Sabah selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.