Sarawak akan mengadakan pilihan raya negeri selepas Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem membayangkan beberapa kali bahawa ia akan diadakan pada Mac ini.
Bagaimanapun isu politik yang membelenggu dua parti komponen Barisan Nasional (BN) - Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan dua parti baharu 'mesra BN' - Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) - masih belum diselesaikan.
Krisis dalaman membabitkan kedua-dua parti itu membawa kepada penubuhan UPP bagi SUPP dan Teras bagi SPDP.
Soalan popular yang ditanya kalangan rakyat Sarawak ialah bila dan adakah kedua-dua parti, UPP dan Teras akan diterima menyertai BN. Jika mereka tidak diterima apakah peranan kedua-dua parti itu dalam pilihan raya negeri Sarawak akan datang, yang penggalnya tamat pada 20 Jun 2016.
Semua mata kini tertumpu kepada Adenan bagaimana beliau yang juga Pengerusi BN Sarawak akan menyelesaikan perkara itu tetapi Adenan berkata beliau akan membuat keputusan apabila tiba masanya selepas beliau memberi peluang yang cukup kepada pemimpin keempat-empat parti menyelesaikan perkara itu.
Soalan lain yang diaju, jika UPP dan Teras diterima ke dalam BN adakah SUPP dan SPDP bersedia bertolak ansur dalam pembahagian kerusi.
Juga menjadi spekulasi, siapa yang akan mendapat 11 kerusi baharu, atau lebih tepat enam kerusi kerana Adenan telah menyatakan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang dipimpinnya akan mendapat lima daripada 11 kerusi berkenaan.
Kerusi dan calon yang melobi telah semakin kuat di akar umbi, terutama di kawasan kerusi baharu serta kerusi yang menjadi pertikaian antara SUPP dan UPP, serta antara SPDP dan Teras.
Kedua-dua pemimpin SUPP dan SPDP telah menyatakan secara terbuka dan berulang kali mereka tidak akan bersetuju dengan penerimaan UPP dan Teras serta menegaskan kedua-dua parti itu tidak akan memberi mana-mana kerusi mereka kepada kedua-dua lawannya itu.
UPP diketuai bekas Timbalan Setiausaha Agung SUPP Datuk Seri Wong Soon Koh dan turut dianggotai empat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) manakala Teras pula yang diterajui bekas Presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom mempunyai lima ADUN.
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) meningkat kepada 82 daripada 71.
Bernama
Sun Jan 17 2016
Juga menjadi spekulasi, siapa yang akan mendapat 11 kerusi baharu, atau lebih tepat enam kerusi kerana Adenan telah menyatakan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang dipimpinnya akan mendapat lima daripada 11 kerusi berkenaan. - Gambar fail
Pemain ragbi meninggal dunia selepas perlawanan pasukan pilihan MB Kedah
Seorang bekas pemain Sukma Kedah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan pertunjukkan pasukan pilihan Menteri Besar Kedah pada Ahad.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak
Masih banyak yang perlu dilakukan kerana Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
WEF: Anwar jumpa 50 pemimpin industri & perniagaan, yakin pelabur bernilai tinggi pilih Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mengikut jejak langkah syarikat-syarikat gergasi seperti Tesla, AWS, Infineon dan Nvidia.
AWANI Ringkas: Ikut jejak syarikat gergasi lain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk pasaran serantau dan kenaikan di Wall Street pada hari Jumaat.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan pelan tindakan pendidikan & penghargaan Rukun Negara
Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional akan mengkaji keperluan untuk melancarkan Pelan Tindakan Pendidikan & Penghargaan Rukun Negara sejajar dengan Dasar Perpaduan Negara 2021-2030.
Akta pekerjaan bagi lindungi pekerja OKU/Autistik diperlukan
Beatrice yang juga merupakan individu autistik berkata, bagi mengadakan akta atau menggubal dasar berkaitan, kerajaan perlu libatkan lebih banyak golongan autistik sebagai pemegang taruh utama.
Mesyuarat FOMC: The Fed dijangka kekalkan kadar faedah Mei 2024
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ia selepas unjuran awal beberapa pakar ekonomi melihat The Fed masih belum cukup yakin dengan usaha menurunkan kadar inflasi di negara itu.
60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa
Katanya, warisan kepimpinan harus diperkasakan agar negeri ini maju, aman dan makmur, serta dikenali masyarakat.
Biasiswa Kursi Tok Nan RM2.4 juta untuk kajian etnik minoriti Sarawak
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak memperuntukkan biasiswa Kursi Tok Nan berjumlah RM2.4 juta untuk menjalankan kajian mengenai etnik-etnik minoriti di negeri itu.
Mengenang Tok Nan: "Tuhan nyuruh aku bantu rakyat!"
Tan Sri Adenan Satem pernah diingatkan kerja kuat boleh mendatangkan risiko kesihatan terhadapnya, namun beliau tidak peduli, beliau masih gigih memilih untuk berbakti kepada negeri Sarawak.
Tok Nan terus dirindui ...
Hari ini, genap empat tahun pemergian pemimpin kesayangan Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra dengan panggilan Tok Nan.
Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo
Dengan kos RM848 juta, jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak 5.2 kilometer itu dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.
Jangan ubah hanya kerana mahukan perubahan - Masing
Tan Sri Dr James Jemut Masing mahu rakyat negeri itu untuk terus beri mandat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk pastikan usaha memacu pembangunan dan ekonomi tidak terhenti.
Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Kebangsaan
Betulkah Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963? Tanggal 22 Julai diisytiharkan sebagai Hari Sarawak dan cuti umum mulai 2016 di sebalik sentimen nasionalisme negeri yang menggelegak ketika itu.
GPS mampu pastikan hak Sarawak kembali terjamin
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memastikan agenda mendapatkan hak negeri itu, seperti mana termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963
Rindu akan Tok Nan masih tebal biar dua tahun berpergian abadi
Amat jarang dalam sejarah Sarawak, pemergian seorang pemimpin diratapi dan diruntuni. Namun tidak bagi Pehin Sri Adenan Satem, atau Tok Nan, negarawan 72 tahun yang menghembuskan nafas terahirnya.
Kelantangan Tok Nan dirindui
11 Januari 2019 genap 2 tahun pejuang Bumi Kenyalang, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra digelar Tok Nan bertemu Sang Pencipta.