KUALA LUMPUR: Selepas hampir dua tahun digantung, bekas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mengumumkan beliau dipecat daripada UMNO.
Menurutnya, beliau menerima surat pemecatan itu pada pukul 4.28 petang Selasa menerusi aplikasi WhatsApp selepas dihubungi ibu pejabat UMNO.
Beliau memberitahu ada beberapa perkara menarik dalam surat berkenaan termasuk beliau masih dirujuk sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian.
"Maksudnya jika sesiapa digantung keahlian mereka, gelaran jawatan mereka masih kekal walaupun hak keahlian mereka digantung.
"Jadi Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein masih boleh digelar Ketua UMNO Bahagian dan bukan bekas atau mantan seperti yang dirujuk oleh media terhadap saya sebelum ini," katanya sinis dalam perkongsian di akaun Facebooknya di sini, pada Selasa.
Dalam pada itu, Tun Faisal memberitahu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan turut 'terlupa' untuk menyenaraikan nama beliau di antara sembilan ahli UMNO Putrajaya yang digantung sebelum ini.
"Mungkin selepas saya buat siaran langsung (live) mengenai keputusan 'pembersihan UMNO daripada golongan penentang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Presiden UMNO), baru ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) perasan, rupanya ada seorang lagi yang mereka lupa untuk umum pecat.
"Jadi termasuk saya, mungkin jumlah sebenar ahli UMNO Putrajaya yang dipecat adalah 10 orang," ujarnya.
Beliau menyifatkan, Tribunal Lembaga Disiplin turut gagal membuktikan dirinya bersalah kerana beliau tidak menfitnah Ahmad Zahid.
Menurutnya, surat sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri sebelum ini adalah benar dan Lembaga Disiplin gagal membuktikan sebaliknya.
"Saya tidak membuat kritikan terbuka sebaliknya memberikan pandangan dan cadangan kepada Ahmad Zahid berikutan terdedahnya surat tersebut dan kegagalannya mendapatkan sokongan Ahli MKT dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri.
"Jika MKT dan Lembaga Displin benar-benar berfungsi, orang yang pertama yang patut dipecat adalah Ahmad Zahid kerana beliau telah mengkhianati dasar parti dan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) sejak Oktober 2020 lagi, diikuti dengan 13 orang lagi pemimpin UMNO yang turut menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri," katanya.
Tambah Tun Faisal, beliau mengambil keputusan untuk tidak membuat rayuan kerana keputusan sudah dijangka, lebih-lebih lagi apabila MKT dan Ahmad Zahid tidak terbuka untuk menerima kritikan.
Dalam masa sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada UMNO dan pemimpin yang telah berjuang atas dasar agama, bangsa dan tanah air sehingga berjaya mengangkat dan memartabatkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan negara.
"Selain menghalang negara ini daripada menjadi sebuah negara sekular dan menghalang kehendak parti-parti tertentu yang mahu menyamaratakan kedudukan Islam dengan agama-agama lain, serta mengangkat dan membela kedudukan orang Melayu dan Bumiputera," katanya.
Tambah beliau, penentangannya adalah kepada individu dan bukan terhadap parti UMNO secara keseluruhannya kerana menyifatkan UMNO dan BN jelas dengan prinsip perjuangannya.
Astro Awani
Tue Jan 31 2023

Tun Faisal mengumumkan beliau dipecat daripada UMNO. - Foto fail/ Bernama

Zahid Hamidi memang kuat, tapi jangan pandang rendah pengaruh 'Bossku', kata KJ
KJ beri amaran jangan pandang ringan suara Najib Razak di sebalik penjara yang boleh menentukan masa depan UMNO.

Program TVET, bunuh diri jadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Program TVET dan isu cubaan bunuh diri jadi antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [22 Mac 2023] AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [22 Mac 2023]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015077/41774387481679445043288_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [22 Mac 2023]
Ketahui berita yang anda perlu tahu bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman Antara fokus AWANI Pagi: - Tiada lagi monopoli, bayar tol dengan kad debit, kredit di 5 lebuh raya tahun ini. - 29 Lokasi tengok anak bulan petang ini dan tarikh mula berpuasa akan diumum malam ini. - KPM cadang wajibkan pendidikan sekolah menengah. #AWANInews

Program TVET, bunuh diri jadi tumpuan di Dewan Rakyat
Program TVET dan isu cubaan bunuh diri jadi antara tumpuan sidang dewan rakyat hari ini.

29 lokasi seluruh negara diperkenan untuk melihat anak bulan Ramadan
29 lokasi ditetapkan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja untuk melihat anak bulan bagi penetapan permulaan Ramadan.

Penerima dos penggalak kedua terus bertambah, kini 2.5%
KKM sangat menggalakan pengambilan dos penggalak bagi individu berisko 60 tahun ke atas, pesakit kronik dan individu mudah mendapat jangkitan COVID-19.

Banjir Johor beransur pulih
Situasi banjir di Batu Pahat menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus menurun.

Jiwa SME | Kuasa media sosial tarik pelancong ke pasar terapung
Daripada hanya sebatang sungai dalam sebuah kampung, kini ia bertukar wajah menjadi kawasan tarikan pelancong. Itu yang dilakukan oleh Azli Muhamad Noor yang menjadikan Kampung Pulau Tengah di Kubang Kerian, sebagai pasar terapung.

Terap pendekatan 'behavioural insights' untuk permudah jalankan perniagaan - Zafrul
MITI melihat potensi besar untuk melaksanakan pendekatan 'nudging' dan 'Behavioural Insights' (BI) dalam usaha memudahkan urusan menjalankan perniagaan di Malaysia.

Pas bantah pelancaran bar jemput 'Thai Hot Guy', guna nama Tun Razak
Penganjuran program sedemikian tidak sepatutnya dianjurkan di negara ini malah ia mencemarkan keberkatan bulan mulia.

Tun Faisal sahkan dipecat UMNO
Bekas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz mengumumkan beliau dipecat keahliannya dalam UMNO setelah hampir dua tahun digantung.

Tun Faisal buat laporan polis surat sokong Anwar jadi PM
Tun Faisal berkata surat yang kononnya dihantar kepada Al-Sultan Abdullah itu susulan hasil keputusan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN, semalam.

Tun Faisal persoal tindakan Lembaga Disiplin tolak tiga syarat untuk berlaku adil
Tun Faisal mendakwa, pernah terjadi tribunal dalam Lembaga Disiplin sebelum ini yang dilihat berat sebelah serta tidak adil.

Fikir langkah penyatuan Bersatu, UMNO agar tidak longgar - Mas Ermieyati
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO perlu memikirkan langkah lain agar penyatuan antara kedua-dua parti tidak longgar dan diperkukuhkan.