awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu teksi, pengusaha bas sekolah di Pulau Pinang terima insentif RM600 mulai Mac - Exco
Bekas Menteri Agama Indonesia dinamakan suspek kes rasuah kuota haji
BN tidak ambil mudah saingan PRK Kinabatangan, Lamag - Ahmad Maslan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun M utus surat kepada Panglima ATM

Sinar Harian
Sinar Harian
03/05/2018
00:17 MYT
Tun M utus surat kepada Panglima ATM
MAHATHIR: Menjadi tanggungjawab kepada setiap rakyat termasuk anggota tentera memilih kerajaan yang bertanggungjawab, beramanah dan berintegriti. - Gambar fail
Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru seluruh anggota tentera membuang undi tanpa ada sebarang dorongan atau kekangan daripada mana-mana pihak.
Beliau dengan penuh harapan menyarankan agar panglima dan pegawai memerintah anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah naungan pemerintahan agar mengundi dengan telus.
“Adalah menjadi tanggungjawab kepada setiap rakyat termasuk anggota tentera memilih kerajaan yang bertanggungjawab, beramanah dan berintegriti.
“Sempena PRU14 ini, saya dengan penuh harapan menyarankan agar panglima dan pegawai memerintah dapat menggalakkan anggota di bawah naungan dan pemerintahan Tan Sri, Datuk, Tuan agar dapat membuang undi tanpa ada sebarang dorongan atau kekangan daripada mana-mana pihak. Mereka hendaklah diberi kebebasan untuk memilih,” katanya dalam satu surat yang dituju khas kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia.
Dr Mahathir menulis, ATM merupakan sebuah organisasi yang terunggul di negara ini.
Justeru, perlulah sentiasa didengari dan dilihat sebagai sebuah organisasi yang profesional selaku benteng terakhir bagi menjamin keselamatan dan pertahanan Malaysia.
“Saya menyeru agar warga angkatan tentera serta isteri masing-masing dapat membuang undi secara adil dan bijaksana demi keselamatan negara tercinta ini,” tulisnya.
Topic Berkaitan
#Amanah
#Angkatan Tentera Malaysia
#dorongan
#integriti
#kebebasan memilih
#kekangan
#Mahathir Mohamad
#MalaysiaMemilih
#pilih kerajaan
#PRU14
#telus
#tentera
#undi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan