awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun M yakin ROS tidak akan luluskan Pakatan

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
13/03/2018
09:20 MYT
Tun M yakin ROS tidak akan luluskan Pakatan
Dr Mahathir berkata, logo atau simbol yang akan digunakan Pakatan tidak dapat diumumkan hari ini seperti yang dirancang, sebaliknya akan diumumkan pada mesyuarat akan datang. - Gambar fail
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa Pakatan Harapan tidak akan diluluskan pendaftarannya sebagai satu pertubuhan politik yang terdiri daripada gabungan empat parti komponen.
Oleh itu, katanya, Pakatan mungkin tidak akan mempunyai logo atau simbolnya sendiri sebaliknya akan menggunakan salah satu daripada logo yang dibenarkan digunakan oleh empat parti itu.
"Kami hanya boleh menggunakan logo atau simbol yang telah diberikan kepada parti yang berdaftar. Kita ada empat parti.
"Pada ketika ini, kami bersetuju yang kami mungkin perlu gunakan satu logo atau simbol sahaja. Logo atau simbol yang dipilih itu akan diumumkan selepas kami ada keputusannya," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
Oleh itu, Dr Mahathir berkata, logo tersebut tidak dapat diumumkan hari ini seperti yang dirancang, sebaliknya akan diumumkan pada mesyuarat akan datang.
Beliau sebelum itu mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan yang turut dihadiri kepimpinan utama semua empat parti komponen - Parti Pribumi Bersatu Malaysia, PKR, DAP dan Parti Amanah Negara.
Pada sidang media pasca Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan minggu lalu, Dr Mahathir berkata, logo tersebut akan diumumkan pada minggu ini.
Sebaliknya, mesyuarat hari ini memfokuskan kepada beberapa isu berbangkit seperti penyatupaduan parti komponen serta usaha mempromosi Pakatan.
Topic Berkaitan
#Jabatan Pendaftar Pertubuhan
#logo
#Mahathir Mohamad
#Pakatan Harapan
#pendaftaran
#pilihan raya umum
#PRU14
#ros
#simbol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan