KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad adalah individu yang sepatutnya mengetuai kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana beliau sudah mempunyai sokongan ahli Parlimen yang mencukupi Februari tahun lalu.
Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Marzuki Mohamad, yang mendedahkan bagaimana kerajaan PN terbentuk di laman Facebooknya pada Khamis, berkata bagaimanapun tiada siapa tahu mengapa beliau tidak berbuat demikian.
Menurut Marzuki, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sepatutnya menghadap Yang di-Pertuan Agong dan mengambil peluang untuk menyembah maklum bahawa beliau mempunyai sokongan yang mencukupi.
“Lebih daripada 130 Akuan Bersumpah (SD) telah ditandatangani oleh ahli Parlimen untuk membuktikan sokongan mereka kepada Tun Mahathir.
“Sepatutnya, Tun Mahathir yang menghadap Agong dan memberitahu kepada baginda bahawa beliau mempunyai sokongan yang mencukupi untuk memimpin kerajaan baharu yang dipanggil sebagai Perikatan Nasional (PN).
“Beliau juga sepatutnya boleh meneruskan khidmat sebagai PM tanpa perlu menarik diri, tetapi... hanya atas alasan yang hanya diketahui olehnya, beliau tidak berbuat sedemikian.
“Mengapa beliau menarik diri daripada rancangan itu? Persoalan itu hanya beliau sahaja yang tahu.
“Lagipun, Tun Mahathir adalah political maestro numero uno. Tiada siapa yang dapat membaca fikirannya. Beliau mungkin melakukannya dengan alasan yang baik,” jelas Marzuki dalam refleksi sempena setahun PN terbentuk.
BACA: Marzuki dedah Tun M pernah setuju calonkan Muhyiddin sebagai PM
Mengimbas kembali peristiwa lewat petang pada 23 Februari tahun lalu, Marzuki berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Haji Openg, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Azmin Ali telah menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Tujuan menghadap adalah bagi menyembah maklum kepada baginda bahawa Dr Mahathir mendapat sokongan yang cukup daripada ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Barisan Nasional (BN), Pas, Gabungan Parti Sarawak ( GPS), Parti Warisan Sabah (Warisan) dan kumpulan Azmin dalam PKR untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri.
Tambah Marzuki, sebelum meninggalkan istana pada petang itu, Azmin mencadangkan agar pemimpin parti yang telah menghadap Agong untuk berkumpul dengan 130 ahli Parlimen di Kuala Lumpur.
“Acara makan malam diatur dengan cepat di Hotel Sheraton, Petaling Jaya. Makan malam yang berlaku kemudian itu yang disifatkan sebagai "Langkah Sheraton”.
“Secara peribadi, saya rasa untuk mengaitkan kejadian di Hotel Sheraton pada malam 23 Februari 2020 dengan pembentukan kerajaan PN adalah suatu yang remeh.
“Acara itu, seperti yang saya katakan, kejadian itu adalah berlaku kemudian (bukan dirancang awal),” tambah Marzuki.
Marzuki turut meninggalkan persoalan, mungkinkah pembentukan kerajaan PN pada 1 Mac 2020 itu sebenarnya Gerakan Mahathir?
“Hanya mereka sahaja yang mengetahui hal itu. Ya, itulah sifat gerakan politik. Ia tidak boleh diketahui oleh banyak pihak.
"Kadang kala, mereka yang sudah lama menghadapi masa sukar bersama dalam gerakan itu pun baru tahu mereka hanyalah umpan dalam permainan.
“Politik kadang-kadang menyakitkan,” ujar beliau lagi.
Faris Danial Razi
Thu Feb 25 2021
Jelas Marzuki, acara makan malam yang diatur dengan cepat di Hotel Sheraton, Petaling Jaya itu kemudian mendapat gelaran sebagai "Langkah Sheraton". - Gambar fail
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah bagi tiga hari berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 765 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 735 sen sekilogram.
AWANI Ringkas: Harga benih padi | Hilang kad pengenalan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen yang bertambah baik
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata atau 0.28 peratus kepada 1,544.76 daripada paras penutup 1,540.42 pada Rabu.
Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7840/7870 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7910/7950 pada Rabu.
AWANI 7:45 [18/04/2024] – Empat letusan sehari | Setuju secara dasar | Misi ke Gaza | Kutipan cecah lebih RM1 juta
- Gunung Ruang meletus, Indonesia keluar amaran tertinggi, MetMalaysia pantau
- Kerajaan setuju peruntukan pembangkang, PN tengok syarat dulu
- Gaza Kami Datang, 19 aktivitis Malaysia berlepas ke Istanbul
- Sheriff ucap terima kasih, tayangan awal kutip RM1juta
- Kerajaan setuju peruntukan pembangkang, PN tengok syarat dulu
- Gaza Kami Datang, 19 aktivitis Malaysia berlepas ke Istanbul
- Sheriff ucap terima kasih, tayangan awal kutip RM1juta
Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain.
Industri permainan video Malaysia dijangka catat hasil AS$649 juta tahun ini
Pencapaian dalam bidang ini memerlukan usaha bersepadu daripada semua pihak berkepentingan, dalam dan luar negara.
Menara Merdeka 118 terima pensijilan LEED Platinum
PNBMV berkata pensijilan LEED mengiktiraf pematuhan projek itu selari dengan kriteria yang digariskan dalam sistem penarafan LEED.
Pengurus kargo cederakan isteri dan anak, jalani hukuman penjara dua tahun
Hakim mengeluarkan waran penahanan terhadap Sritharan yang dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu rayuannya, untuk dibawa ke penjara.
Kutipan awal filem Sheriff: Narko Integriti cecah lebih RM1 juta
Syafiq yang dilabel sebagai ‘Raja Plot Twist’ oleh penggemar filem di Malaysia pastinya tidak akan menghampakan penonton dengan jalan cerita yang penuh teka-teki.
Muhyiddin mohon lima hakim dengar permohonan semakan
Muhyiddin mohon semakan kehakiman bagi mencabar keputusan yang mengarahkan kes rasuah berjumlah RM232.5 juta.
Saya bersedia berhadapan sebarang kemungkinan yang berlaku - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menjelaskan sebagai seorang politik beliau perlu sentiasa bersedia dalam apa jua kemungkinan yang bakal berlaku.
Sokong PM: Bersatu ambil tindakan terhadap 7 wakil rakyat selepas Aidilfitri
Perkara dilakukan mereka bertentangan dengan dasar dan perlembagaan parti yang memungkinkan kerusi mereka dikosongkan.
Muhyiddin mohon kebenaran cabar keputusan Mahkamah Rayuan
Muhyiddin memfailkan notis usul di pejabat pendaftar, Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, melalui Tetuan Chetan Jethwani & Company.
PMO tentukan kelulusan projek Jana Wibawa, rundingan terus atau tender terbuka - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa Pejabat Perdana Menteri yang menentukan sama ada kelulusan projek Jana Wibawa melalui rundingan terus atau tender terbuka prakelayakan.
Jelajah PN: Syed Saddiq beri penjelasan kepada kepimpinan MUDA
Syed Saddiq berkata sebarang keputusan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti, perlu dibuat demi kepentingan rakyat dan bukan atas nama parti.
Isu sokong MB Selangor: Mana ada kartel? - Muhyiddin
Presiden BERSATU itu menegaskan, parti tersebut bergerak berdasarkan Perlembagaan dan memiliki peraturan yang perlu dipatuhi.
Cabar kosongkan kerusi sebab bimbang ada 'tangan ghaib'- Muhyiddin
Tindakan mencabar Kerajaan Perpaduan mengisytihar enam kerusi Parlimen dan satu DUN dikosongkan dibuat kerana bimbang wujud 'tangan ghaib'.
PN tekad tingkatkan sokongan dari kalangan bukan Melayu dan Bumiputera - Muhyiddin
Perikatan Nasional perlu meningkatkan lagi usaha untuk menarik sokongan masyarakat bukan Melayu dan Bumiputera, terutamanya dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.
Cabaran kosongkan kerusi: "Kepala 'parti lompat' yang mahu cadang pula"- Anwar
Anwar menempelak kenyataan Muhyiddin berhubung cabaran kepada kerajaan bagi mengisytiharkan kekosongan kerusi di lima kawasan Parlimen dan satu DUN.