UMNO atau Barisan Nasional (BN) kemungkinan akan meraih kemenangan sekiranya PAS enggan menyertai Pakatan Harapan serta meletakkan calon dalam pertembungan tiga penjuru pada pilihan raya akan datang, kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Penyokong parti lawan akan berbelah bagi dan ini bermakna PAS menolong UMNO atau BN mendapatkan kemenangan. Mana-mana parti, kalau jadi tiga penjuru, maka niat itu adalah untuk menyokong UMNO dan BN," katanya.
Bekas perdana menteri itu berkata PPBM tidak akan merayu kepada pemimpin PAS untuk menyertai Pakatan Harapan walaupun tempoh sebulan diberikan untuk membuat keputusan itu.
"Kami telah cuba menyelesaikan kebuntuan ini dan kami bersabar... Saya tidak akan merangkak dan mencium kaki pemimpin PAS.
"Tetapi kami terbuka dan masih memberikan PAS masa sebulan walaupun mereka kata ini tidak perlu," kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas menyerahkan watikah pelantikan ketua-ketua bahagian PPBM Semenanjung Malaysia di sini hari ini.
Pada 1 Feb lalu, Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengadakan mesyuarat dengan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di ibu negara bagi merintis jalan ke arah kerjasama antara kedua-dua parti.
Ditanya sekiranya PAS hanya mahu bekerjasama dengan PPBM dan bukan Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP, Dr Mahathir berkata:
"Bersatu tidak boleh melepaskan kerjasama dengan DAP, kerana parti itu ketika ini menguasai 36 kerusi di Dewan Rakyat, sementara PAS, bukan merupakan parti pembangkang terbesar, mempunyai kurang daripada 26 kerusi." -- Bernama
Bernama
Tue Feb 14 2017
TUN MAHATHIR: "Penyokong parti lawan akan berbelah bagi dan ini bermakna PAS menolong UMNO atau BN mendapatkan kemenangan." - Gambar fail
Hidup sebagai perempuan selama 27 tahun, rupa-rupanya...
Li Yuan terkejut selepas mendapati terdapat testikel pada abdomennya yang bermaksud secara biologi dia adalah seorang lelaki.
[KOLUMNIS] PRK KKB: Beza realiti dan retorik politik
KEMPEN Pilihan Raya Kecil N.06 Kuala Kubu Baharu (PRK KKB) kini sudah menghampiri penamatnya.
AWANI Pagi: Malaysia Artificial Intelligence (AI) Nexus 2024
Ikuti AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry, langsung dari World Trade Centre, Kuala Lumpur, sempena pelancaran Malaysia Artificial Intelligence Nexus.
Diskusi bersama Prof Dr Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi
#AWANInews #AWANIPagi
Diskusi bersama Prof Dr Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi
#AWANInews #AWANIPagi
Pelajar 14 tahun maut nahas dua kenderaan
Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Justin Bieber, isteri umum berita kehamilan
Penyanyi Justin Bieber dan isterinya Hailey Bieber memuat naik berita kehamilan anak pertama mereka di akaun sosial media masing-masing.
Romlee ‘buat muka’ dalam TikTok, raih perhatian netizen
Romlee dipilih sebagai pasangan dalam kandungan video kerana ia sangat unik seperti pandai membuat muka kelakar dan secara automatik.
Kuda terperangkap atas bumbung akibat banjir
Keberadaan kuda yang terperangkap sekurang-kurangnya 24 jam itu menjadi tular apabila imejnya yang berada di atas bumbung itu disebarkan.
AWANI Pagi: Malaysia Artificial Intelligence Nexus
Ikuti AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry, siaran langsung dari World Trade Centre, Kuala Lumpur, sempena pelancaran Malaysia Artificial Intelligence Nexus.
Diskusi bersama Dr. Muhammad Akmal Remli, Pengarah AIBIG, Fakulti Sains Data Dan Komputeran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) & Prof Dr Amir Akramin Shafie Kulliyyah of Engineering (KOE) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
#AWANInews #AWANIPagi
Diskusi bersama Dr. Muhammad Akmal Remli, Pengarah AIBIG, Fakulti Sains Data Dan Komputeran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) & Prof Dr Amir Akramin Shafie Kulliyyah of Engineering (KOE) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
#AWANInews #AWANIPagi
Serangan kapal terkait Israel akan dipertingkat - Houthi
Kumpulan Houthi akan menyasarkan kapal mana-mana syarikat pembekal barangan yang berkaitan dengan Israel tanpa mengira destinasi mereka.
AWANI Ringkas: Wanita sukar keluar daripada garis kemiskinan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK KKB: Bukan kali pertama BN berkempen untuk calon wakili Kerajaan Perpaduan - Zambry
BN dan PH pernah bersama dalam beberapa siri PRK sebelum ini termasuk Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor dan terbaharu di DUN Kuala Kubu Baharu.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.