awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Mahathir saman Anwar RM150 juta: Pengurusan kes 31 Mei - Peguam

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
05/05/2023
08:00 MYT
Tun Mahathir saman Anwar RM150 juta: Pengurusan kes 31 Mei - Peguam
Dr Mahathir telah menghantar notis tuntutan kepada Anwar mengenai kenyataan yang dibuat semasa Kongres Nasional Khas Malaysia Madani: 'Pelaksanaan Sebuah Idealisme' pada Mac lalu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memfailkan saman sebanyak RM150 juta terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini.
Peguamnya, Rafique Rashid, menerusi kenyataan media hari ini, berkata saman itu berhubung dakwaan Anwar bahawa Dr Mahathir mengumpul kekayaan peribadi ketika berkuasa.
Rafique menjelaskan salinan dokumen tersebut telah diserahkan kepada firma guaman yang mewakili Perdana Menteri, Tetuan Thomas Philip pada jam 5.10 petang Rabu lalu.
Katanya, satu sesi pengurusan kes akan dijalankan pada 31 Mei depan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Jamhirah Ali.
BACA: Tun Mahathir saman Anwar RM150 juta: Ini 9 tuntutan yang dikemukakan
"Tuntutan ini difailkan adalah bagi penarikan semula kenyataan tersebut dan juga bertujuan menghentikan segala tohmahan yang bersifat sama serta satu ganti rugi am dan teladan yang berjumlah RM150 juta setelah mengambil kira tuduhan jahat dibuat oleh seorang Perdana Menteri," jelas Rafique dalam kenyataannya.
Media hari ini melaporkan, Dr Mahathir telah menghantar notis tuntutan kepada Anwar mengenai kenyataan yang dibuat semasa Kongres Nasional Khas Malaysia Madani: 'Pelaksanaan Sebuah Idealisme' pada Mac lalu.
Anwar kemudian dalam reaksi ringkasnya berkata, menyerahkan perkara itu kepada peguamnya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Saman RM150 juta
#Tun M saman Anwar
#saman fitnah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan