KUALA LUMPUR: Generasi muda berkaliber untuk memimpin negara sememangnya ada, tetapi mereka perlu diberi ruang dan peluang untuk membangunkan diri terlebih dahulu, kata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, jika hasrat itu boleh direalisasikan, maka generasi pemimpin masa kini perlu memberi peluang semaksimum mungkin kepada golongan pelapis.
Namun, katanya, sebelum ia boleh berlaku, golongan muda perlu melalui ujian-ujian tertentu terlebih dahulu.
“Kita mesti memberi peluang semaksima mungkin, kita beri peluang untuk orang muda yang ada kelulusan, menjadi calon misalnya untuk jawatan-jawatan tertentu.
"Daripada itu kita boleh anggap sebagai medan ujian untuk mereka. Setiap orang perlu diuji dahulu.
"Bila dah diuji dan ujian itu dia berjaya, barulah kita boleh rasa yakin bahawa dia dapat membawa negara kita ke tahap yang lebih tinggi,” katanya baru-baru ini.
Najib, yang menerajui Kerajaan Persekutuan dari Barisan Nasional sejak 2009 hingga 2018, berkata demikian ketika ditanya pandangan beliau tentang keupayaan anak muda masa kini untuk menyambung kepimpinan negara.
Mengambil contoh kemenangan besar UMNO dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor, beliau berkata calon yang diketengahkan parti tersebut juga terdiri daripada orang muda dan berkelayakan.
Najib berkata, formula meletakkan calon muda itu ternyata membuahkan hasil apabila parti tersebut berjaya mendominasi keputusan pilihan raya kedua-dua negeri tersebut.
“Boleh kata semua, hampir semua (calon kita) berjaya dan diterima. Jadi rakyat ini sedia menerima pembaharuan.
"Dengan syarat mereka melihat pemimpin yang kita ketengahkan itu berbakat, ada kebolehan.
“Harus kita ingat konsep peremajaan parti ini ini bukan bererti kita tolak orang tua, tidak.
"Tetapi kita mesti ada peringkat perseimbangan, dan ada gabungan antara yang muda, sederhana, dan yang tua. Barulah kita mempunyai satu angkatan yang kuat,” katanya lagi.
Najib berkata, UMNO dan BN sentiasa terbuka untuk memberi peluang kepada anak muda, dan beliau secara peribadi mengharapkan lebih ramai anak muda muncul sebagai pemimpin mengikut hierarki parti seperti cabang dan bahagian.
“Tapi dalam susunan hierarki parti kita, kita harap mereka ini akan muncul juga untuk jadi kepimpinan di peringkat bahagian, peringkat nasional, kita harus cari pemimpin muda yang berbakat, yang ada kebolehan.
“Tapi saya nak tekankan, pemimpin muda itu mesti melalui saringan ujian, barulah dia boleh naik.
"Kalau naik secara mendadak, boleh jadi apabila dia sampai ke tahap yang tinggi, dia tak ada persediaan, tak ada pengalaman, akhirnya dia tak dapat jadi pemimpin yang berjaya,” tegasnya lagi.
Dalam pada itu, Najib beranggapan isu kurang keyakinan anak muda terhadap ahli politik timbul rentetan mereka yang memegang kuasa gagal menunaikan janji.
Mengambil contoh dari PRU yang lepas, beliau berkata, Pakatan Harapan berjanji akan memansuhkan hutang Perbadangan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional sewaktu berkempen, namun tidak mengotakannya apabila menerajui Kerajaan Persekutuan.
“Jadi proses penghakisan ini bererti apa yang kita cakap sebagai pemimpin, mereka tak yakin. Ini cakap-cakap orang politik, tetapi apabila kita ada kuasa, kita mungkir janji.
“Jadi, kalau pada sayalah, kalau kita nak bangunkan semula keyakinan orang muda, kita mesti menjadi orang politik yang mengotakan apa yang kita kata.
“Tunaikan janji kita, biarlah kita jujur kepada rakyat, walaupun apa yang kita buat itu tidak semestinya populis, tetapi benda itu betul, dan benda itu baik untuk negara,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Sat Jul 23 2022
Najib berkata, formula meletakkan calon muda itu ternyata membuahkan hasil apabila parti tersebut berjaya mendominasi keputusan pilihan raya kedua-dua negeri tersebut. - Gambar fail/Reuters
Ceroboh hutan Raub: Tindakan penguatkuasaan berdasarkan bukti - MB Pahang
Tindakan penguat kuasa menahan dua individu yang didakwa menceroboh kawasan hutan di Raub semalam dibuat berdasarkan bukti kukuh, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
"Yang tak ambil gaji dikritik, yang mencuri tak salah"
Satu tahun setengah sebagai perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ulangi tetap tegas tidak benar sebarang 'kecurian' atau 'kronisma' dalam kerajaan.
Isu Palestin: Ini soal prinsip dan nilai
Perdana menteri tegaskan walaupun berdepan kerugian, kerajaan Madani mahu memastikan keputusan yang diambil turut mengambil kira soal nilai dan prinsip.
Kedudukan, profil Malaysia tinggi di peringkat antarabangsa
Anwar akui antara kelemahan utama kerajaan adalah komunikasi sehingga rakyat tidak sedar reputasi tinggi negara di peringkat antarabangsa.
"Saya boleh terima kritikan tapi jangan fitnah"
Anwar kesal apabila masih dituduh tidak berbuat apa-apa sedangkan sudah banyak usaha dilaksanakan untuk rakyat.
"Tengok keperluan, mana perlu ditambah"
Sektor awam dikatakan bloated dengan jumlah penjawat yang ramai, namun perdana menteri tegaskan ia perlu terutama sektor-sektor kritikal.
Lee Hsien Loong lepas jawatan, seru rakyat bersatu padu
Perdana Menteri, Lee Hsien Loong menyeru rakyat Singapura untuk kekal bersatu padu dan kekalkan kestabilan politik demi masa depan negara.
Dalam nada yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong akan menggalas tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri.
Dalam nada yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong akan menggalas tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri.
LAPD sahkan polis campur tangan protes di UCLA
Polis Los Angeles mengesahkan telah menghantar satu pasukan untuk mengawal ketenteraman di protes pro-Palestin di Universiti California Los Angeles (UCLA).
Peta protes Pro-Palestin di dunia
Peta protes Pro-Palestin di dunia
Rangka stategi bantu Palestin, libatkan negara bukan Islam
Perdana Menteri berkata negara-negara Islam perlu libatkan negara-negara bukan Islam dalam strategi membebaskan Palestin dari kekejaman Israel.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
1MDB: SPRM ke Riyadh untuk sahkan surat derma RM2.6 bilion - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin berkata pihaknya telah pergi ke Istana Riyadh pada 2015 bagi mengadakan pertemuan dengan dua putera Arab Saudi.
1MDB: Najib tak dedah mengenai pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika siasatan - Saksi
Najib tidak memaklumkan kepada SPRM mengenai pertemuan delegasi Malaysia bersama Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.
1MDB: Muhammad Shafee ditegur hakim kerana bersikap 'keterlaluan'
Ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur apabila dilihat menyerang kredibiliti pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika perbicaraan.