awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO adakan Konvesyen Bahagian-bahagian, perkukuh Kerajaan Perpaduan

Fareez Azman
Fareez Azman
13/09/2023
16:05 MYT
UMNO adakan Konvesyen Bahagian-bahagian, perkukuh Kerajaan Perpaduan
Menurut Asyraf Wajdi, konvensyen terbabit bertujuan memfokuskan aspek pengukuhan organisasi parti dan kefahaman ahli-ahli peringkat akar umbi. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membuat ketetapan untuk mengadakan Konvensyen UMNO Bahagian-bahagian.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan media pada Rabu.
Menurutnya, konvensyen terbabit bertujuan memfokuskan aspek pengukuhan organisasi parti dan kefahaman ahli-ahli peringkat akar umbi.
"Mengadakan Konvensyen UMNO Bahagian-bahagian yang akan memfokuskan aspek pengukuhan organisasi parti dan membumikan kefahaman ahli-ahli parti di peringkat akar umbi mengenai ketetapan-ketetapan dasar parti yang menyentuh soal prinsip dan halatuju perjuangan parti dalam Kerajaan Perpaduan Malaysia," katanya.
Jelas Asyraf Wajdi, mesyuarat MKT turut membuat ketetapan agar parti itu terus memperkukuh dan memperkasakan hubungan kerjasama dengan parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) di semua peringkat.
"Memperkukuhkan dan memperkasakan lagi hubungan kerjasama UMNO dengan rakan-rakan parti komponen dalam Pakatan Harapan di semua peringkat termasuk negeri-negeri dan bahagian-bahagian seluruh Malaysia.
"Bagi memastikan kestabilan politik negara dan kemakmuran rakyat melalui Kerajaan Perpaduan Malaysia sebagaimana ketetapan Majlis Kerja Tertinggi pada 23 November 2022 dan diabsahkan di Perhimpunan Agung UMNO 2023 pada 10 Jun 2023 lalu," katanya lagi.
Asyraf Wajdi berkata, mesyuarat MKT juga telah membuat ketetapan untuk mengambil langkah-langkah penambahbaikan dan pemerkasaan parti berpandukan dapatan bedah siasat keputusan enam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.
Di samping itu, katanya UMNO turut menyambut baik cadangan Perdana Menteri untuk mewujudkan kembali Konvensyen Ekonomi Bumiputera.
Tambahnya, parti itu menawarkan untuk mengurus selia penganjurannya sebagaimana yang pernah UMNO laksanakan pada tahun 1965 sehingga tertubuhnya Majlis Amanah Rakyat (MARA) setahun kemudian.
Topic Berkaitan
#MKT UMNO
#Asyraf Wajdi Dusuki
#Kerajaan Perpaduan
#Konvensyen UMNO Bahagian-bahagian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan