awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kedah sasar lebih tujuh juta pelancong sempena TMM2026
VM2026: Malaysia perlu beralih daripada kuantiti kepada kualiti pelancong - MiTDA
Trump arah pengunduran Pengawal Negara dari Chicago, Los Angeles, Portland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO, Bersatu perlu muafakat demi masa depan - Rais Yatim

Bernama
Bernama
06/03/2021
13:03 MYT
UMNO, Bersatu perlu muafakat demi masa depan - Rais Yatim
Tan Sri Rais Yatim ketika berucap pada Majlis Sumbangan Bakul Makanan di Kampung Geylang, hari ini. - Foto BERNAMA
JELEBU: UMNO dan Bersatu perlu bermuafakat demi masa depan dan pemegangan politik kepada orang Melayu, kata tokoh politik veteran Tan Sri Rais Yatim.
Beliau berkata hubungan antara kedua-dua parti tidak boleh 'berpatah arang' begitu sahaja selain turut meletakkan harapan agar UMNO dan Bersatu akan terus kembali mengadakan kerjasama.
"UMNO sahaja tidak boleh berkuasa dan Bersatu sahaja pun tidak boleh berkuasa waima dengan Pas (perlu kerjasama). Komponen parti Melayu ini mesti sedar pentingnya bermuafakat," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada penduduk di Kampung Geylang di sini hari ini.
Ketua Bersatu Bahagian Jelebu itu berkata setiap parti perlu ada jiwa bekerjasama dan memajukan negara bersama selain berpendapat mana-mana orang Melayu yang tidak rela bekerjasama, kedudukan kebangsaannya boleh dipersoal.
Rais, yang juga Yang Dipertua Dewan Negara, turut berpandangan semua pihak perlu menghormati kuasa Yang di-Pertuan Agong dengan peranan Perdana Menteri susulan terdapat desakan demi desakan supaya Parlimen kembali bersidang.
"Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak (masing-masing), itu tidak boleh diubah, penentuan situasi itu terserah kepada Perdana Menteri membawa sembah kepada Agong, kalau ada apa-apa yang mahu dipinda," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UMNO
#Bersatu
#Muafakat
#masa depan
#politik
#Melayu
#Rais Yatim
#PAS
#Yang Dipertua Dewan Negara
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan