awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ganesh Kumar Bangah: ‘Bill Gates Malaysia’ pacu kebangkitan digital baharu
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO dijangka tangguh pemilihan parti

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
04/03/2021
03:59 MYT
UMNO dijangka tangguh pemilihan parti
Usul penangguhan Pemilihan UMNO 2021 telah dikemukakan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 19 Februari lalu di Janda Baik, Pahang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: UMNO dijangka menangguhkan pemilihan parti yang dijadualkan akan diadakan tahun ini, lapor portal Suara.TV
Laporan yang memetik sumber itu memaklumkan penangguhan itu dicadangkan sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum yang dijangka diadakan selepas tamat tempoh darurat pada 1 Ogos nanti.
Sumber itu menjelaskan, usul penangguhan Pemilihan UMNO 2021 telah dikemukakan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 19 Februari lalu di Janda Baik, Pahang.
Namun perbincangan dan keputusan mengenai usul tersebut ditangguhkan selepas Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang akan berlangsung akhir Mac nanti.
Menurut Perlembagaan UMNO, MKT mempunyai kuasa menangguhkan pemilihan sehingga 18 bulan dari tarikh sepatutnya diadakan pemilihan baharu. Sebelum ini beberapa pemimpin UMNO termasuk Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung UMNO menegaskan pemilihan akan diadakan pada tahun ini.
Pemilihan UMNO perlu diadakan setiap tiga tahun dengan kali terakhir UMNO mengadakan pemilihan ialah pada 30 Jun 2018. Tempoh matang kepimpinan UMNO sekarang akan tamat pada 30 Jun 2021.
Sekiranya tiada penangguhan, proses pemilihan perlu dilakukan sebelum Julai 2021.
Manakala Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberi komitmen untuk membubarkan Dewan Rakyat sebaik perintah Darurat ditamatkan. Bagaimanapun tiada kepastian sama ada darurat ini akan dilanjutkan selepas Ogos atau ditamatkan bagi mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15.
Topic Berkaitan
#UMNO
#Pemilihan UMNO
#tangguh
#PRU15
#darurat
#majlis tertinggi
#Muhyiddin Yassin
#Dewan Rakyat
#perintah darurat
#pilihan raya umum
#Bersatu
#Politik Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan