POLITIK
UMNO diseru bersikap terbuka, terima kembali pemimpin setia

Syed Rosli berpandangan, sebagai parti yang besar dan matang, UMNO tidak wajar mengamalkan pendekatan eksklusif yang bersifat ke belakang - Foto fail
KUALA LUMPUR: UMNO disaran supaya bersikap terbuka dan berjiwa besar dengan memberi ruang kepada pemimpin-pemimpin setia yang pernah digantung atau dipecat untuk kembali menyumbang kepada parti.
Ringkasan AI
- UMNO disaran memberi peluang kepada pemimpin yang digantung atau dipecat tetapi masih setia untuk kembali menyumbang kepada parti.
- Ketakutan terhadap persaingan dalaman tidak wajar menjadi penghalang kepada usaha penyatuan dan pengukuhan UMNO.
- Contoh penerimaan semula pemimpin terdahulu menunjukkan UMNO masih terbuka kepada mereka yang ikhlas dan cinta kepada perjuangan parti.
"Maka, saya menyeru kepimpinan parti agar mengutamakan kepentingan UMNO secara keseluruhan, bukan kepentingan kelompok atau individu.
"Jika Datuk Seri Hishammuddin Hussein atau mana-mana bekas pemimpin lain masih setia dan mahu kembali memperjuangkan UMNO, mereka harus diberikan peluang dan pertimbangan sewajarnya, bukannya ditolak awal-awal atas persepsi politik semata-mata," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau menegaskan bahawa parti tidak boleh membiarkan rasa takut kepada persaingan dalaman atau agenda politik individu menjadi penghalang kepada usaha penyatuan UMNO.
"Parti ini tidak akan menjadi kuat jika kita terus berpecah hanya kerana kebimbangan peribadi terhadap pengaruh atau populariti seseorang tokoh," ujarnya lagi.
Syed Rosli turut mengambil contoh penerimaan semula pemimpin seperti Datuk Lokman Noor Adam dan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai bukti bahawa pintu UMNO masih terbuka kepada pejuang yang ikhlas.
Tambahnya, UMNO mesti tampil sebagai parti yang inklusif dan bersedia menerima kembali anak-anak perjuangan yang masih cinta kepada parti.
Pada awal Julai lalu, media melaporkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ahli UMNO yang digantung atau dilucut keahlian perlu menunjukkan kekesalan dan komitmen terhadap perjuangan sekiranya mahu kembali menyertai parti.
Jelas beliau pendekatan berhati-hati dan berhemah perlu diambil dalam menangani mereka yang sebelum ini mengkritik parti atau meninggalkan UMNO dalam keadaan mencetuskan kontroversi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami