awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO guna lambang dacing pada PRU16 - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
21/08/2024
11:19 MYT
UMNO guna lambang dacing pada PRU16 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata penggunaan lambang dacing itu merupakan permintaan pimpinan dan ahli parti sendiri, mengambil kira PRU Ke-16 yang akan berlangsung dalam tempoh tidak lebih tiga tahun lagi. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: UMNO akan tetap menggunakan lambang dacing Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, namun tidak menolak untuk berkolaborasi dengan 18 parti lain dalam Kerajaan Perpaduan, kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata ia merupakan antara lima tahap hala tuju baharu yang digariskan parti itu menerusi Taklimat Presiden yang disampaikan bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2024 hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata penggunaan lambang dacing itu merupakan permintaan pimpinan dan ahli parti sendiri, mengambil kira PRU Ke-16 yang akan berlangsung dalam tempoh tidak lebih tiga tahun lagi.
"Kita tidak menolak kolaborasi dengan 18 parti dalam Kerajaan Perpaduan supaya tak berlaku pertindihan dan terdapat kerjasama di dalam menggamit dukungan pengundi.
'Ini (kolaborasi) mesti dilakukan daripada sekarang, kerana kita tidak mahu keserasian itu diwujudkan hanya ketika pilihan raya. Sebaliknya ia mesti dibina dari sekarang," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan Taklimat Presiden hari ini.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#PRU16
#lambang dacing
#Kerjasama dengan PH
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan