awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemasukan awal ke tahun satu secara sukarela sesuai dengan perkembangan dan potensi kanak-kanak
Remaja lelaki maut, tujuh cedera kemalangan lapan motosikal di Lebuhraya BKE
Taiwan senarai virus Nipah sebagai Penyakit Kategori 5 susulan wabak di India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO kalah teruk jika hadapi PRU15 tanpa persediaan - Ku Li

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
01/10/2022
09:35 MYT
UMNO kalah teruk jika hadapi PRU15 tanpa persediaan - Ku Li
Tengku Razaleigh berkata, parti itu akan kalah teruk jika menghadapi PRU15 tanpa membuat persediaan secukupnya. - Gambar/ Astro AWANI
GUA MUSANG: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menganggap tindakan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang menggesa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) secepat mungkin, seolah-olah 'menempah maut' sekiranya jentera parti tiada persediaan rapi.
Tengku Razaleigh yang turut dikenali sebagai Ku Li berkata, parti itu akan kalah teruk jika menghadapi PRU15 tanpa membuat persediaan secukupnya.
“Baguslah nak adakan PRU, tetapi kalau kita tak bersedia... kita seolah-olah nak cari maut.
"Jadi kita tak mahu menghadapi pilihan raya dan kalah... jika kalah kali ini, teruk kita.
“Kita tak mahu berlaku begitu kepada parti kita. Ini parti harapan orang Melayu jadi kita tak mahu hilang pengaruh dan kedudukan,” katanya di sini.
Tengku Razaleigh turut mempersoalkan gesaan MKT UMNO yang mahu PRU15 diadakan tahun ini yang mungkin berlaku pada musim tengkujuh.
“Keputusan nak adakan PRU15 seumpama ini... saya rasa kita kena bertindak dengan logik dan dengan asas yang kuat, tak boleh kita ikut nafsu semata-mata.
“Kita sendiri nak lari... nak selamatkan diri (daripada banjir) macam mana nak adakan pilihan raya. Kita pun minta rakyat selamatkan diri, jadi masa mana mereka nak berfikir soal undi kalau mereka terpaksa cari tempat tinggi, tempat selamat dan sebagainya,” katanya.
Semalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bersetuju untuk Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat, bagi membolehkan PRU15 diadakan tahun ini juga.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, berdasarkan keputusan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertuan Agong selaras Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.
Topic Berkaitan
#Ku Li
#PRU15
#tempah maut
#UMNO kalah teruk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan