KUALA LUMPUR: UMNO masih relevan meskipun terdapat tanggapan bahawa parti itu seolah-olah "tidak bernyawa lagi," terutamanya selepas memperlihatkan rekod prestasi kurang baik sejak 2018, kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Beliau berkata UMNO yang telah melalui pelbagai cabaran sepanjang 77 tahun penubuhannya, masih mempunyai 26 Ahli Parlimen serta empat lagi Ahli Parlimen daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) yang menyertai Kerajaan Perpaduan.
"Di dalam kita melihat diri kita sendiri, kita jangan lupa lihat sejarah, namun kalau kita hanya menggali sejarah tanpa persediaan kita ke hadapan, maka kita tidak akan ke mana-mana. Dua puluh tiga tahun lagi, UMNO akan berusia 100 tahun ertinya dalam dua dekad lagi, apabila UMNO berusia 100 tahun ketika itu lakaran perjuangan UMNO mungkin telah berubah," katanya.
Beliau berkata biarpun berada dalam kerajaan sekarang dengan jumlah Ahli Parlimen yang kecil, parti ini berfungsi dengan lebih baik dalam Kerajaan Perpaduan dengan konsep Malaysia MADANI berbanding dengan hubungannya dengan rakan kongsi dalam kerajaan sebelum ini.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian dalam amanatnya sempena majlis sambutan Ulang Tahun ke-77 UMNO di sini malam ini yang turut dihadiri kepimpinan tertinggi parti.
Sementara itu, berhubung agihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN ketika ditemui media berkata parti telah menyerahkan kepada Timbalan Pengerusi Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mengetuai rundingan bersama parti di dalam Kerajaan Perpaduan.
BACA: PRN: Parti komponen BN bincang agihan kerusi malam ini - Zahid
"Kita menyerahkan kepada kebijaksanaan Timbalan Presiden UMNO (Mohamad) dalam membuat rundingan itu nanti," katanya.
Enam negeri yang akan mengadakan PRN tahun ini adalah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Mengulas mengenai Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang dijadual berlangsung Ahad ini, Ahmad Zahid berkata kesemua 148 Ahli Parlimen yang mendokong kerajaan akan dihimpunkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan menyampaikan amanat penting.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 11 2023

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berucap selepas Majlis bacaan Yasin, Tahlil dan doa selamat sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-77 di Surau Ar-Rahman Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) malam ini. - Foto BERNAMA

KPWKM sedia beri khidmat kaunseling kepada keluarga jururawat ditikam suami
KPWKM melalui JKM dijadual melawat keluarga mangsa serta menemui dua adik-beradik itu petang semalam.

Gabenor Jeneral New Zealand lawat Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Tunku Azizah juga berkenan mengiringi Kiro melawat muzium kraf sebelum mengakhiri lawatan 90 minit di Kompleks Kraf Kuala Lumpur itu.

Malaysia rekod jualan eksport RM625.42 juta di CAEXPO 2023 - MATRADE
Jualan yang direkodkan adalah dalam sektor makanan dan minuman, penjagaan kesihatan dan kesejahteraan, produk gaya hidup dan perkhidmatan.

Lapan empangan alami kerosakan perlu pembaikan - NRECC
Kos pembaikan dan penyenggaraan bagi lapan empangan yang mengalami kerosakan dianggar mencecah RM135.82 juta.

Turki tahan 20 individu disyaki ada kaitan letupan di Ankara
Kementerian Dalam Negeri berkata, kesemua suspek itu ditahan di Istanbul dan wilayah Kirikkale, timur Ankara.

Belanjawan 2024: Levi luar biasa bagi penanam sawit Sabah, Sarawak - MPOA
MPOA turut memohon kerajaan untuk menyemak semula ambang harga WPL sebanyak RM500 satu tan minyak sawit mentah.

Pelaksanaan Garis Panduan Buli, Gangguan Seksual perlu komitmen semua pihak - Pakar
Garis Panduan Salah Laku Buli dan Gangguan Seksual akan menjadi komponen penting dalam mewujudkan ekosistem yang selamat di institusi pendidikan.

Pengemaskinian Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan percepat tindakan agensi terlibat
Antara tindakan yang perlu dilaksanakan adalah Nadma akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana.

Lebih 175,000 saman aktif terhadap kenderaan barangan belum dilunaskan - JPJ
Selangor mencatatkan jumlah saman tertinggi sebanyak 61,940 dengan setiap saman yang dikenakan adalah sekurang-kurangnya RM300.

Tindakan 400 jemaah B40 tolak subsidi haji bantu lestarikan kewangan Tabung Haji - Mohd Na'im
Tindakan 400 jemaah haji kategori B40 yang menolak pemberian subsidi tahun ini meskipun layak menerimanya dilihat mampu membantu melestarikan kewangan Tabung Haji.

PRK Pelangai: Penyertaan bekas ahli UMNO tak gugat peluang BN - Amizar
Amizar berkata setakat ini, beliau melihat 'angin' pengundi di kawasan itu lebih memihak kepada BN berbanding calon lain.

UMNO tak pecat Isham Jalil - Ahmad Maslan
Kenyataan yang dikeluarkan UMNO juga sebaliknya hanya menumpukan mengenai soal mengukuhkan kerjasama bersama rakan-rakan parti komponen.

Tiada isu babit pemecatan ahli dibincang dalam Mesyuarat MT UMNO - Asyraf
Isu itu tidak timbul kerana keputusan Kerajaan Perpaduan sudah dibuat pada 23 Nov 2022, itu keputusan parti oleh Majlis Tertinggi.

'Itu Isham Jalil yang cakap, bukan UMNO' - Loke
Anthony Loke menyifatkan cadangan supaya UMNO bertanding sendiri dalam pilihan raya tanpa PH hanyalah pendapat peribadi Isham Jalil.

Mungkin ada lagi ahli UMNO akan dipecat, termasuk saya - Isham Jalil
Katanya, tindakan itu dipercayai kerana ada ahli parti yang didakwa lantang mengkritik keputusan kepimpinan UMNO untuk bersama PH.

Bicara kes komunikasi jelik Lokman Adam terhadap Ismail Sabri, kerajaan bermula 9 Okt
Kes Lokman Adam yang didakwa atas pertuduhan membuat dan memulakan komunikasi jelik terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan akan diteruskan 9 Oktober.

Jangan manipulasi kehadiran saya pada Persidangan Tahunan DAP - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap kehadiran beliau pada Persidangan Tahunan DAP 2023 hari ini tidak dimanipulasikan oleh mana-mana pihak.

DNAA Ahmad Zahid: Kerajaan tiada kuasa pengaruh keputusan mahkamah - Tok Mat
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ia sebaliknya merupakan kuasa penuh mahkamah untuk menentukan tindakan sewajarnya.

Keputusan kes Zahid mampu kembalikan sokongan Melayu, Cina kepada BN - Bastien
Keputusan melepaskan tanpa membebaskan Ahmad Zahid sepatutnya mengubah landskap sokongan kaum Cina kepada gabungan itu.

UMNO didakwa 'sucikan' perjuangan Malaysia Malaysian DAP - Idris
Datuk Idris Ahmad mendakwa pemimpin UMNO yang sebelum ini keras dan lantang menentang konsep Malaysia Malaysian kini seakan 'mensucikan' perjuangan DAP itu.