awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO minta Muhyiddin, Takiyuddin undur - Ahmad Zahid

Astro Awani
Astro Awani
29/07/2021
08:57 MYT
UMNO minta Muhyiddin, Takiyuddin undur - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata Ahli-Ahli Parlimen UMNO mesti menzahirkan dan melaksanakan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang dibuat pada 7 Julai lalu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: UMNO akan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan untuk meletakkan jawatan secara terhormat.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Ahli-Ahli Parlimen UMNO mesti menzahirkan dan melaksanakan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 7 Julai lalu.
"Keputusan ini bagi memenuhi sumpah jawatan selaku Ahli Parlimen yang wajib menumpahkan taat setia kepada Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong dan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan pada setiap masa.
"Pendirian ini juga seiring dengan asas dan matlamat penubuhan UMNO untuk sentiasa memelihara dan membela Institusi Raja-Raja Melayu sebagaimana termaktub dalam Fasal 3 Perlembagaan UMNO," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelas beliau, UMNO amat kesal dengan tindakan kerajaan pimpinan Muhyiddin yang mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong yang mahu semua Ordinan Darurat dibahaskan dan diungkaikan di Parlimen seiring dengan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutan.
"Lebih mendukacitakan apabila Tuanku sendiri mendedahkan bahawa pembatalan Ordinan-ordinan Darurat sebagaimana yang diumumkan Menteri Undang-Undang pada Isnin lalu di Parlimen amat mengelirukan, kerana hakikatnya belum lagi mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong," ujarnya.
Malah, tindakan itu jelas beliau bukan sahaja penderhakaan kepada Yang di-Pertuan Agong, bahkan membelakangi prinsip Perlembagaan Persekutuan.
Kenyataan Media pic.twitter.com/l7GdXLAXZN
— Ahmad Zahid Hamidi (@DrZahidHamidi) July 29, 2021
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Takiyuddin Hassan
#Zahid Hamidi
#Yang di-Pertuan Agong
#undang-undang
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan