UMNO menafikan sebarang penglibatan dalam penganjuran pemberian sebarang geran atau dana kononnya bagi membantu usahawan khususnya peniaga kecil dan syarikat baru dengan menjanjikan pulangan berganda dalam tempoh tertentu.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pihaknya telah menerima beberapa aduan berkaitan kewujudan geran atau dana yang mengaitkan nama UMNO bagi membantu syarikat Sdn Bhd dan Enterprise.
"Sehubungan itu, saya ingin menafikan penglibatan UMNO dalam pemberian geran atau dana kepada mana-mana pihak malah UMNO juga tidak pernah melantik mana-mana individu atau mana-mana pihak untuk menjadi ejen dalam skim tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya modus operandi skim itu menyasarkan peniaga-peniaga kecil dan syarikat baru yang mempunyai jumlah modal kecil.
Tengku Adnan menasihati orang ramai agar jangan mudah terpedaya dengan taktik mereka yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama UMNO dan sebaliknya membuat semakan dengan ibu pejabat UMNO terlebih dahulu bagi mengelakkan tertipu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 24 2017
TENGKU ADNAN: UMNO menafikan sebarang penglibatan dalam penganjuran pemberian sebarang geran atau dana kononnya bagi membantu usahawan. - Gambar fail
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Telegram meraih dana AS$330 juta melalui jualan bon
CEO Telegram menyatakan permintaan bon Telegram adalah tinggi, dan ia telah dilanggan lebih tinggi berbanding sasaran.
Rumah Muzik Pulau Pinang tutup sepenuhnya hari ini akibat masalah kewangan
Kekangan dana dalam menguruskan operasi di galeri itu membuatkan keputusan terpaksa diambil untuk menutupnya.
Malaysia sambut baik keputusan Australia mendanai kembali UNRWA - Anwar
Anwar gembira kerana rakan sejawatannya dari Australia Anthony Albanese mengambil keputusan itu, berikutan keadaan yang semakin meruncing di Gaza.
Sweden sambung salur dana kepada UNRWA
PBB sebelum ini memberi amaran satu per tiga daripada populasi di Semenajung Gaza kini di ambang kebuluran.
Senarai TSC FBI: MyCare sedia diaudit, pastikan ketelusan sumbangan
MyCare sentiasa bersedia untuk menjalankan pengauditan bagi memastikan ketelusan dalam pengurusan dana kutipan derma.
Dokumen Israel punca beberapa negara henti dana kepada UNRWA
Dokumen Israel itu menuduh beberapa kakitangan UNRWA mengambil bahagian dalam penculikan dan pembunuhan semasa serangan Hamas.
PM Palestin desak penggantungan dana kepada UNRWA ditarik semula
Keputusan tersebut disifatkan berlaku pada waktu sukar dan seolah-olah menyokong misi Israel untuk mengusir penduduk Palestin secara paksa.
Isu Aman Palestin: SPRM siasat transaksi mencurigakan, syarikat
Pegawai penyiasat mengesan wujudnya perkara-perkara yang mencurigakan yang memerlukan penelitian mendalam.
Dakwa seleweng dana: Shamsul Iskandar buat laporan polis terhadap Chegubard
Shamsul Iskandar menafikan sekeras-kerasnya tuduhan berkenaan dan menyifatkan ia sebagai fitnah serta usaha mendapatkan publisiti murahan.
Suruhanjaya EU mansuh sekatan dana EUR10 bilion Hungary
Pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan Viktor Orban untuk meningkatkan kebebasan badan kehakiman sepenuhnya mematuhi ketetapan yang dipersetujui.