awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
PNB nilai tawaran am sukarela Sunway ke atas IJM berdasarkan pertimbangan komersial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO Perlis mahu tindakan drastik dilaksana, termasuk ganti pemimpin kerajaan

Bernama
Bernama
11/05/2015
01:28 MYT
UMNO Perlis mahu tindakan drastik dilaksana, termasuk ganti pemimpin kerajaan
SHAHIDAN: UMNO Perlis mahu tindakan drastik dilaksana, termasuk ganti pemimpin kerajaan - Gambar fail
Badan Perhubungan UMNO Perlis mahu perubahan drastik dilaksanakan segera membabitkan beberapa pemimpin kerajaan dan kedudukan ketua pegawai eksekutif syarikat berkaitan kerajaan (GLC) demi kepentingan negara.
Pengerusinya Datuk Seri Shahidan Kassim berkata tindakan itu sangat perlu dikaji dan dilaksanakan segera berikutan isu kontroversi telah menarik perhatian rakyat.
"Isu 1MDB dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak diberi penjelasan sewajarnya menyebabkan rakyat mempersoalkan kredibiliti kerajaan dan terbaharu timbul pula isu pembelian tanah oleh Tabung Haji.
"Perkara ini tidak boleh dibiar berlarutan. Sudah sampai masanya kerajaan mengambil tindakan yang sepatutnya untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan rakyat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Perlis di sini, semalam.
Shahidan berkata rakyat adalah keutamaan kerajaan, namun apabila orang yang diberi kepercayaan tidak melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan efisien, mereka wajar diganti.
"Saya bercadang menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak esok bagi mengemukakan cadangan UMNO Perlis termasuk pencapaian dan keberkesanan pemimpin-pemimpin tertentu dinilai dan kaji semula," katanya.
Shahidan, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata selain barisan pemimpin yang perlu ditukar, pendekatan baharu bagi menyelesaikan isu kontroversi perlu dilakukan bagi meredakan spekulasi.
"Pemimpin mesti lancar dalam memberi penjelasan terutama soalan-soalan yang dibangkitkan oleh rakyat.
Kelemahan menangani perkara ini hanya mengundang lebih banyak khabar angin dan peluang pembangkang menambah masalah kerajaan," katanya.
Topic Berkaitan
#GLC
#Perlis
#shahidan
#Tabung Haji
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan