UMNO Sabah mengharapkan peluang untuk bertanding di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang baharu pada pilihan raya negeri (PRN) nanti, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Jelasnya, terdapat beberapa kawasan seperti Sungai Manila dalam Parlimen Libaran merupakan kubu kuat UMNO dan berharap peluang untuk mengetengahkan calon daripada parti itu dipertimbangkan dalam perjumpaan dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain dan sekutunya seperti PAS dan Bersatu.
"Dalam pertambahan kerusi (negeri) itu, kita lihat ada kawasan kubu kuat UMNO seperti Sungai Manila. Sudah tentu UMNO mempunyai kelebihan di kawasan itu sekiranya UMNO diberi peluang bertanding di kawasan itu," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Berkelompok Cawangan UMNO di Pusat Daerah Mengundi Sungai Manila dekat sini. malam tadi.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, sebanyak 60 kerusi DUN dipertandingkan. Pada Julai tahun lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul tambahan 13 kerusi DUN Sabah.
Selain Sungai Manila dalam Parlimen Libaran, kerusi baharu lain ialah Bengkoka dalam Parlimen Kudat, Darau (Sepanggar), Limbahau (Papar), Telupid (Beluran), Lamag (Kinabatangan), Kukusan (Kalabakan), Bandau (Kota Marudu), Segama (Parlimen Lahad Datu yang telah dinamakan semula daripada Silam), Pintasan (Kota Belud), Tanjung Keramat (Putatan), Pantai Dalit (Tuaran), dan Tulid (Pensiangan).
Bung Moktar berkata UMNO akan mencalonkan 80 hingga 85 peratus muka baharu pada PRN nanti dan keutamaan akan diberikan kepada calon muda bagi memberi ruang lebih luas kepada golongan muda memajukan negara.
Beliau juga berkata calon UMNO telah dikenal pasti daripada kalangan yang boleh menang dan diterima rakyat, namun belum dimuktamadkan selagi belum berbincang dengan rakan sekutu UMNO.
"Pada saya, tidak guna kita menuntut (untuk bertanding di) sesuatu kawasan DUN itu kalau parti kita lemah, calon kita pun lemah di situ.
"Sebab itu UMNO Sabah akan mengemukakan data-data untuk menyokong kenapa kita mahu menuntut sesuatu kerusi itu dan siapa yang kita akan tonjolkan sebagai calon," katanya.
Ditanya jika bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, yang juga penyandang kerusi DUN Sungai Sibuga ada berjumpa dengannya untuk menzahirkan hasrat mempertahankan kerusi itu, Bung Moktar berkata komunikasi secara terus belum diadakan dan beliau (Bung Moktar) terbuka untuk berbincang.
Mengenai semakan kehakiman yang difailkan oleh Musa dan 32 ahli DUN lain untuk mencabar keputusan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin membubarkan DUN, Bung Moktar berkata keputusan mahkamah itu nanti tidak akan menjejaskan usaha memperkuatkan jentera parti.
"Tidak apa (jika PRN tidak diteruskan). Kita pun bukan mahu mendesak PRN diadakan kerana bukan kita yang pilih untuk membubarkan DUN," tambahnya.
Pada Jumaat (7 Ogos) lepas, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menetapkan 17 Ogos ini untuk menentukan sama ada keputusan Yang Dipertua Sabah membubarkan DUN boleh diadili, iaitu boleh dibicarakan di mahkamah
DUN Sabah dibubarkan pada 30 Julai lepas bagi memberi laluan kepada PRN yang perlu diadakan sebelum 29 Sept depan.
Pada 29 Julai lepas, Musa mendakwa mempunyai majoriti cukup untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu, namun Juhar bersetuju membubarkan DUN atas permintaan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 09 2020
Bung Moktar (tengah) bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Berkelompok Cawangan UMNO di Pusat Daerah Mengundi Sungai Manila malam tadi. - Astro AWANI
Negara Barat cadang henti penjualan senjata dan sekat pemindahan teknologi ke Israel
Perbincangan itu bertujuan untuk melibatkan sebanyak mungkin negara dalam pakej "elemen tekanan" yang mengandungi cadangan mengenai sekatan ruang udara.
KP SPRM sahkan MB Perlis dibebas dengan jaminan
SPRM mengesahkan Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli dibebaskan dengan jaminan selepas memberi keterangan di ibu pejabat agensi itu di sini pada Selasa.
PRN17: Pendirian UMNO Sabah ketengahkan calon
Temu bual bersama Pensyarah Kanan, Pembangunan Manusia dan Politik Identiti UMS, Prof Madya Dr Romzi Ationg mengenai pendirian UMNO Sabah dalam mengetengahkan calon pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17.
Syarikat Sweden mahu jadikan Sarawak pusat pengedaran di Asia Pasifik
Syarikat perindustrian berasaskan perniagaan hutan serta pulpa dan kertas dari Sweden, Holmen AB, berhasrat menjadikan Sarawak sebagai pusat pengedaran untuk meluaskan pasaran mereka di rantau Asia Pasifik.
SUEF kumpul RM3.57 juta bantu anak Sarawak
Dana Pendidikan Perpaduan Sarawak (SUEF) berjaya mengumpul RM3.57 juta daripada sektor korporat bagi membantu anak sarawak daripada keluarga B40 untuk melanjutkan pelajaran ke pendidikan tinggi.
KKTP Sabah kenalpasti lokasi sesuai memindahkan penduduk
KKTP Sabah kenalpasti lokasi sesuai untuk dipindahkan bagi menempatkan lebih 130,000 penduduk yang menetap di kawasan setinggan.
Sarawak rekod purata 6.7 kes penipuan sehari, kerugian RM28.6 juta
Sarawak merekodkan purata 6.7 kes penipuan sehari sejak 1 Januari hingga 31 Mac tahun ini.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata memberitahu, jumlah kerugian yang direkodkan akibat jenayah komersial ini telah menjangkau RM28.6 juta.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata memberitahu, jumlah kerugian yang direkodkan akibat jenayah komersial ini telah menjangkau RM28.6 juta.
Telefon bimbit anak KPD Lahad Datu masih dalam siasatan forensik
Polis masih menunggu laporan forensik berhubung isi kandungan telefon bimbit milik anak perempuan Ketua Polis Daerah (KPD) Lahad Datu, yang maut tertembak diri sendiri secara tidak sengaja menggunakan pistol bapanya di rumah mereka di Taman Tabanak, Lahad Datu, pada 16 April lalu.
Tiada keperluan mendesak bina LRT di Langkawi - Mahfuz
Tiada keperluan mendesak untuk membina Transit Aliran Ringan (LRT) di Langkawi dan kerajaan Kedah sepatutnya memberi keutamaan kepada isu rakyat yang lain.
Bunuh, tikam teman wanita 28 kali: Hukuman mati bekas pengurus diganti penjara, sebatan
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi dan menggantikan kepada hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).