awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mengenai ‘hari bahagia’ dengan Bella Astillah, ini jawapan Syed Saddiq: "Soal ini adalah antara dua keluarga”
Leona rasa sudah tiba masa berumah tangga, doa agar jumpa jodoh tahun depan - “Ramai kawan dah kahwin, saya cemburu”
Myanmar jalankan pilihan raya pertama selepas lima tahun di bawah pemerintahan tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO sedia terima rayuan Hishammuddin dan Maulizan - Zahid

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
09/02/2023
06:06 MYT
UMNO sedia terima rayuan Hishammuddin dan Maulizan - Zahid
Ahmad Zahid berkata, beliau terbuka untuk menerima surat rayuan Hishammuddin dan Maulizan berhubung penggantungan mereka daripada parti itu, Januari lalu. - fotoBERNAMA
PUTRAJAYA : Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau terbuka untuk menerima surat rayuan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Maulizan Bujang berhubung penggantungan mereka daripada parti itu, Januari lalu.
Namun begitu, jelas beliau, setakat ini UMNO tidak menerima sebarang surat daripada mereka.
“Saya ada baca kenyataan daripada media (berhubung rayuan tersebut) tapi setakat ini saya belum terima apa-apa surat.
“Saya sedia terima tapi saya akan serahkan kepada Lembaga Disiplin terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat, di sini, pada Khamis.
Sebelum ini, Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya mahu Hishamuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong serta Ketua UMNO Bahagian Sembrong dan Maulizan (Ketua UMNO Bahagian Tebrau) mengemukakan rayuan dan membela diri terhadap pertuduhan serta sabitan yang dikenakan terhadap mereka.
Keputusan itu katanya, dicapai pada Mesyuarat Khas Perhubungan UMNO negeri itu pada minggu lalu.
Keahlian Hishammuddin dan Maulizan dalam parti digantung selama enam tahun.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Topic Berkaitan
#Hishammuddin Hussein
#Maulizan Bujang
#UMNO
#Ahmad Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan