awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO selesai kemuka bantahan kajian persempadanan semula kepada SPR

Bernama
Bernama
15/10/2016
05:18 MYT
UMNO selesai kemuka bantahan kajian persempadanan semula kepada SPR
TENGKU ADNAN: Semua UMNO Negeri telah mengemukakan bantahan manakala di negeri yang diperintah pembangkang seperti Selangor, kita mengumpulkan bantahan melalui 100 pengundi berdaftar di sesuatu kawasan. - Gambar fail
UMNO telah selesai mengemukakan bantahan berhubung kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Katanya tempoh bantahan yang berakhir semalam selesai dilakukan melalui pihak UMNO Negeri dan bantahan 100 pengundi berdaftar dalam setiap satu kawasan tertentu.
"Bantahan boleh dibuat melalui tiga cara iaitu melalui negeri, pihak berkuasa tempatan dan juga 100 pengundi di sesuatu kawasan maka UMNO telah menyuarakan bantahan tersebut melalui saluran undang-undang yang disediakan," katanya kepada media selepas merasmikan program Putrajaya Community Ride di sini hari ini.
"Semua UMNO Negeri telah mengemukakan bantahan manakala di negeri yang diperintah pembangkang seperti Selangor, kita mengumpulkan bantahan melalui 100 pengundi berdaftar di sesuatu kawasan," katanya.
SPR melaksanakan Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah bermula 15 Sept.
Sebelum ini, Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh memaklumkan kajian semula itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lalu.
SPR mempamerkan Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah selama satu bulan bermula 15 Sept hingga 14 Okt (semalam). - Bernama
Topic Berkaitan
#Bantahan
#persempadanan semula
#pilihan raya
#SPR
#Tengku Adnan
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan