awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO tidak risau walau Tok Mat terpaksa rehat seketika dari berkempen - Jalaluddin

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
03/08/2023
12:53 MYT
UMNO tidak risau walau Tok Mat terpaksa rehat seketika dari berkempen - Jalaluddin
UMNO Negeri Sembilan yakin dengan kemampuan jentera parti itu di Rembau meskipun Ketua Bahagiannya, Datuk Seri Mohamad Hasan kini berehat seketika selepas diserang influenza.
KUALA PILAH: UMNO Negeri Sembilan yakin dengan kemampuan jentera parti itu di Rembau meskipun Ketua Bahagiannya, Datuk Seri Mohamad Hasan kini berehat seketika selepas diserang influenza.
Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, ketiadaan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau itu tidak sedikitpun menggusarkan beliau.
“Walaupun beliau tidak sihat dalam tempoh singkat, tapi DUN Rantau ini adalah DUN yang diwakili Tok Mat sejak sekian lama.
“Jasa Tok Mat tidak memerlukan untuk Tok Mat turun ke Rantau bagi meyakinkan pengundi. Jadi saya percaya itu tidak memberi kesan kepada pengundi di DUN Rantau.
Tok Mat dijangkiti influenza, rehat tiga hari daripada berkempen
“Insya-Allah. kita sama-sama doa Tok Mat dan Datuk Zaidy (Calon BN DUN Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir) dapat meneruskan kempen dan juga sesi ramah mesra mereka dengan pengundi-pengundi bagi tempoh akhir-akhir kempen ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam siri kempen di Command Centre DUN Juasseh di Kuala Pilah pada Khamis.
Dalam pada itu, Jalaluddin menyatakan beliau berpuas hati dengan perjalanan kempen semua calon BN sepanjang PRN Negeri Sembilan.
“Dalam soal persediaan dan pergerakan jentera kita, ia begitu baik, tersusun dan sistematik. Ada beberapa (perkara) terlepas pandang dan sebagainya telah diperbaiki dari hari ke hari.
“Saya lihat dan lawat beberapa Bilik Gerakan dan kawasan yang ditandingi BN dan PH, dan saya dapati pergerakan calon begitu teratur, begitu rapi, disusun seawal pagi hingga tengah malam.
“Ini merupakan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh calon ketika menghadapi pilihan raya dan dengan usaha gigih ditunjukkan semua calon daripada BN dan PH, saya lihat ia akan beri markah lebih untuk mereka,” ujarnya.
Beliau juga mengingatkan semua calon BN untuk elakkan fitnah, adu domba atau menghina dan mencaci pihak lawan.
Topic Berkaitan
#UMNO
#PRN
#Mohamad Hasan
#pilihan raya
#jalaluddin alias
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan