awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis tahan warga emas acu "pistol" di lebuh raya
KP Perkhidmatan Awam santuni pesara, sampaikan bantuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Undi18: Jangan nafikan hak pengundi muda untuk memilih kerajaan - PM

Astro Awani
Astro Awani
11/12/2021
07:20 MYT
Undi18: Jangan nafikan hak pengundi muda untuk memilih kerajaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pengundi-pengundi muda juga berhak diberi peluang untuk menjadi pemilih dalam pilihan raya umum nanti. - Foto BERNAMA
BERA: Pelaksanaan Undi 18 tidak boleh dinafikan kerana pengundi yang berumur 18 tahun ke atas juga mempunyai hak untuk memilih kerajaan di masa hadapan.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pengundi-pengundi muda juga berhak diberi peluang untuk menjadi pemilih dalam pilihan raya umum nanti.
Menurut Ismail, tindakan pihak tertentu yang seakan 'takut' kepada orang muda dengan mencadangkan supaya Parlimen dibubarkan sebelum 31 Disember ini sebelum pengundi 18 tahun layak secara automatik dibenarkan mengundi mulai Januari depan, amat tidak wajar.
"Mesti mendekati pemimpin-pemimpin muda, pengundi-pengundi muda 18 tahun keatas supaya mereka menyokong parti kita untuk mempastikan kita menang di dalam PRU15 ini sepatutnya menjadi iltizam kita. Bukan nak sekat pengundi muda,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bera, di sini hari ini.
Katanya lagi, niat jahat menyekat pengundi muda itu akan membawa padah kerana ia seolah-olah tidak yakin dengan kemampuan golongan generasi muda memilih pemimpin negara.
Tambahnya pilihan raya awal juga akan turut memberi kesan kepada program bantuan rakyat memandangkan Bajet 2022 yang diluluskan tahun ini hanya boleh digunakan tahun depan.
Sementara itu beliau berkata, UMNO yang beliau sifatkan merupakan parti keramat perlu menjadi penyatu kepada orang Melayu yang menjadi agenda parti itu selain perlu mengelakkan pergeseran dalam parti.
Ini kerana UMNO masih didalam zon kekalahan, ahli-ahli UMNO sudah lupa bahawa perpecahan jugalah yang membawa kepada keruntuhan.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Perdana Menteri
#Undi 18
#pengundi muda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan