awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Undi18: Pindaan kelayakan umur calon pilihan raya lunas hasrat anak muda Johor

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
06/01/2022
15:25 MYT
Undi18: Pindaan kelayakan umur calon pilihan raya lunas hasrat anak muda Johor
Hafiz berkata, penurunan had umur 21 kepada 18 tahun untuk menjadi calon pilihan raya harus menjadi isyarat buat parti politik sesuaikan keadaan dengan generasi muda. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Kelulusan pindaan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895 (Pindaan) 2021 bagi menurunkan kelayakan had usia calon pilihan raya, daripada 21 kepada 18 tahun di Johor, bakal mencorak landskap politik baharu di negeri itu.
Menurut Ketua Pemuda UMNO Sembrong, Hafiz Ariffin, kelulusan itu melunaskan hasrat anak muda untuk turut serta dalam proses demokrasi negara secara lebih inklusif dan progresif.
"Dengan pelaksanaan Undi 18 di Johor, seramai 706,082 orang muda yang membawa penambahan hampir 40 peratus pengundi muda baharu akan layak mengundi menjelang pilihan raya umum (PRU) kelak.
"Dari jumlah keseluruhan pengundi, penambahan ini akan memberi kesan signifikan kepada pola pengundian pada PRU akan datang," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Menurut Hafiz lagi, langkah ini turut menjadi isyarat kepada parti-parti politik untuk menyesuaikan syarat keahlian dan operasi parti dalam membuka ruang kepada generasi baharu dalam mencoran landskap politik negara.
"Di kesempatan ini mewakili Pemuda UMNO Johor, kami amat meraikan dan menyambut baik landskap baru yang menggalakkan lebih ramai penyertaan anak muda.
"Kami juga mengajak anak muda untuk turut serta menganggotai Pergerakan Pemuda UMNO di cawangan-cawangan seluruh Johor," ujarnya yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini sebulat suara meluluskan pindaan enakmen berkenaan.
Cadangan pindaan had umur terhadap Fasal 16 Bahagian 2, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor itu dikemukakan Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad.
Ia disokong Ahli DUN (ADUN) Semarang Datuk Samsolbari Jamali dan diluluskan sebulat suara selepas bacaan kali ketiga.
Topic Berkaitan
#Undi18
#Johor
#kelayakan jadi calon pilihan raya
#Pemuda UMNO Sembrong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan