awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
Anggota tentera putus kaki angkara pikap buat pusingan U
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Usaha' pecat Azlan Man tidak boleh berlaku! - Hishammuddin

Astro Awani
Astro Awani
25/05/2018
15:14 MYT
'Usaha' pecat Azlan Man tidak boleh berlaku! - Hishammuddin
HISHAMMUDDIN: '"Rakyat telah memberikan mandat kepada BN untuk memimpin di Perlis dan kepercayaan ini harus dilaksana dengan penuh amanah.' - Gambar fail
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menyelar sebarang 'usaha' untuk memecat Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man selaku ahli UMNO.
Hishammuddin menganggap pelucutan keanggotaan seperti yang diumumkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum ini masih belum dimuktamadkan malah keputusan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail berhubung pelantikan beliau harus dihormati.
"Saya pasti penerimaan DYMM Raja Perlis di dalam majlis mengangkat sumpah YAB Menteri Besar, semestinya telah mengambil pertimbangan yang sebaiknya untuk rakyat di Perlis. Keputusan ini harus kita hormati.
"Apa-apa keputusan untuk memecat ahli parti perlu dibawa kepada Lembaga Disiplin dan merupakan kuasa Majlis Tertinggi UMNO dan bukannya Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri," katanya dalam catatan yang dimuat naik di laman Facebook malam ini.
Malah beliau menegaskan agar ahli UMNO untuk terus komited membantu memulihkan parti.
"Dalam keadaan UMNO yang masih dalam proses pemulihan, rakyat sedang memerhati dan menilai setiap tindakan kita.
"Rakyat telah memberikan mandat kepada BN untuk memimpin di Perlis dan kepercayaan ini harus dilaksana dengan penuh amanah.
"Seharusnya perkara seperti ini tidak boleh berlaku. Setiap dari pemimpin UMNO harus berjiwa besar dan menampilkan kepimpinan yang terbaik untuk memenangi dan meyakinkan hati rakyat," katanya lagi.
Sebelum ini, keputusan melantik Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar Perlis diboikot sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri dari Barisan Nasional.
Misteri 'kehilangan' mereka dikejutkan dengan sidang media oleh Datuk Seri Shahidan Kassim yang mahu pelantikan itu dibatalkan.
Topic Berkaitan
#Amanah
#Barisan Nasional
#Hishammuddin Hussein
#menteri
#Menteri Besar
#Perlis
#presiden
#Raja Perlis
#rakyat
#Shahidan Kassim
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan