Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali disifatkan hanya membuang masa dan wang jika melayan semua pemfitnah dalam isu video seks yang dikaitkan dengannya.
Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menegaskan, Mohamed Azmin juga tidak perlu membuang masa melayani mana-mana pihak yang ingin menjatuhkan kareer politiknya.
Jelasnya, lebih berfaedah untuk Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu menumpukan kerja-kerja ke arah membina semula negara demi kepentingan rakyat.
"Kalau hendak ikut untuk ambil tindakan undang-undang; hampir setiap hari kita kena lakukannya kerana kalangan ini akan terus melakukan pelbagai fitnah secara berterusan.
"Seandainya setiap hari sepuluh fitnah daripada kalangan yang tidak bertanggungjawab terhadap kita; apakah hari-hari kita hendak ambil 10 tindakan undang-undang ke atas mereka?
"Ini buang masa dan juga membazir duit. Sekiranya mereka tidak bijak, kenapa kita juga harus jadi seperti mereka dan melayani kumpulan ini?" soalnya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
BACA: Video seks: Bibit perpecahan dalam PKR - Khairuddin
BACA: Isu video intim: Biar PKR selesaikan masalah dalaman sendiri - Dr Wan Azizah
Khairuddin berkata demikian ketika mengulas gesaan penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff yang meminta Mohamed Azmin mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz atas dakwaan memfitnah.
Jelas Kamarul, Mohamed Azmin perlu mengambil tindakan tersebut bagi membersihkan nama Timbalan Presiden PKR itu yang dikaitkan dengan video lucah.
Dalam pada itu tegas Khairuddin, dalam politik, perkara berkenaan adalah sesuatu yang lumrah.
"Tikam-menikam, fitnah-memfitnah dan hasad dengki adalah perkara yang amat biasa kepada keseluruhan tokoh-tokoh politik.
"Tambahan pula, Mohamad Azmin yang sudah berpuluh tahun bergelumang dalam arena politik telah melalui pelbagai dugaan kecil mahupun besar selain tak perlu membuang masa melayani agenda jahat ini.
"Sudah pasti dia sudah lali dengan perkara-perkara tidak berfaedah seperti ini," katanya.
Jelasnya, kaedah terbaik untuk Mohamed Azmin membersihkan namanya ialah melonjakkan semula ekonomi negara ke tahap paling tinggi agar rakyat tanpa mengira kaum dapat hidup dalam suasana sejahtera.
Astro Awani
Sat Jun 22 2019
KHAIRUDDIN: Tikam menikam, fitnah memfitnah dan hasad dengki adalah perkara yang amat biasa kepada keseluruhan tokoh-tokoh politik. - Gambar Facebook
Representasi mohon maaf dibuat atas cadangan Peguam Negara - Isham Jalil
Cadangan tersebut dibuat kepada peguam Isham beberapa minggu lalu, sebelum beliau bersetuju memandangkan kos guaman yang agak tinggi.
Gaza Freedom Flotilla: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal terpaksa ditukar - FFC
Terdapat kemungkinan pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla terpaksa ditukar.
AWANI Ringkas: Semua 10 mayat dihantar ke Hospital Permaisuri Bainun Ipoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pantau Belanjawan: Meningkatkan kecekapan, produktiviti perkhidmatan kesihatan
Pantau Belanjawan membawa perkembangan terkini tentang aplikasi perkhidmatan komunikasi kesihatan, MedPlanner.
Johor laksana sunat istisqa' dan khutbah khas
Kerajaan negeri memandang serius keadaan kemarau yang berlaku di beberapa tempat dalam negara khususnya di negeri Johor.
Pengarah syarikat gagal patuhi syarat lesen cetak al-Quran didenda RM8,000
Sebelum menjatuhkan hukuman, Majistret Farah Azura menasihatkan tertuduh supaya lebih peka dengan sensitiviti berhubung pencetakan al-Quran.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Firdaus dikebumi di Pulau Pinang
Komander Muhammad Firdaus Ramli ,44, akan dikebumikan di kampung halamannya di Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang.
Nahas helikopter Lumut: 'Takut tak sempat lepas ni' - Kakak pilu kenang permintaan terakhir arwah
Noryani berkata dia reda dengan pemergian adiknya itu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia Januari dan Ogos tahun lalu.
Dilarang guna 'gajet', kanak-kanak cuba terjun bangunan
Anggota JBPM Perak berkata pihaknya hanya mengambil masa tujuh minit bagi memujuk dan menyelamatkan kanak-kanak itu.
[KRONOLOGI] Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi dua helikopter yang dilaporkan bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Bersatu Tanjong Karang digantung
Bersatu Tanjong Karang digantung susulan ketua bahagiannya menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kutipan hasil Selangor dijangka meningkat RM100 juta mulai tahun depan - MB
Kerajaan Selangor menjangkakan kutipan hasil negeri tersebut meningkat sekitar RM100 juta selepas memperkenalkan tiga langkah baharu.
PN puji inisiatif MITI lancar rangka kerja i-ESG
Mohamed Azmin memuji inisiatif Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melancarkan rangka kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Industri Nasional (i-ESG).
Azmin Ali nafi dakwaan keluar kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng
Mohamed Azmin menafikan dakwaan beliau mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng ketika berucap pada kempen PRU15.
Mohamed Azmin minta Speaker tarik larangan pakai baju Melayu
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta Speaker baharu, Lau Weng San, menarik semula peraturan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung pemakaian baju kebangsaan.
Pembangkang tubuh jawatankuasa portfolio, semak imbang peranan Exco Selangor
Mohamed Azmin berkata peranan 10 ADUN PN dalam portfolio itu bertujuan memastikan perbincangan dan perbahasan semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor lebih berfokus.
Azmin dilantik Ketua Pembangkang DUN Selangor
Pengumuman itu dibuat Speaker DUN Selangor, Lau Weng San pada Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Penggal Pertama DUN Selangor ke-15.
Nahas Elmina: Azmin Ali sertai solat jenazah Shahrul Kamal
Azmin juga memaklumkan beliau sempat bertemu dengan bapa Allahyarham yang juga bekas juruterbang.
Kes Muhyiddin: Pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri sendiri - Mohamed Azmin
Azmin menegaskan, oleh kerana kesalahan utama atau predikat telah dibatalkan, maka pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri secara sendiri.
'Azmin berjaya raih simpati pengundi' - KJ
Menurut Khairy, walaupun Azmin dilabel sebagai pengkhianat, namun PRN kali ini memberi kejutan apabila undi masyarakat Melayu mula beralih kepada Perikatan Nasional (PN).