awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM, KPT teliti aspek teknikal pelaksanaan wajib Bahasa Melayu, Sejarah
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wang umpama 'pelincir' kepada politik di Malaysia - Mukhriz Mahathir

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
25/09/2021
09:17 MYT
Wang umpama 'pelincir' kepada politik di Malaysia - Mukhriz Mahathir
Mukhriz berkata, dana politik juga membuatkan parti yang mempunyai lebih banyak wang dilihat berkedudukan lebih baik daripada parti yang tidak begitu banyak dananya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Peranan wang adalah seumpama 'minyak pelincir' kepada amalan politik di Malaysia, kata Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Menurutnya, wang dilihat mampu membantu menggerakkan parti politik dalam menjalankan setiap aktiviti parti dan ia juga kelihatan seperti jika tiada wang, semuanya tidak akan bergerak.
Tambah beliau, kewujudan dana politik yang banyak dikatakan sebelum ini juga bukan hanya berlaku ketika musim pilihan raya malah ia berjalan berterusan dalam satu penggal pemerintahan.
“Seseorang boleh mengatakan bahawa sumbangan politik adalah satu bentuk kebebasan bersuara kerana orang yang anda sokong, ahli politik yang anda sokong, pasukannya, kedudukan yang anda sokong tetapi perlu ada lebih banyak ketelusan.
“Kita sekarang mendapati bahawa beberapa sumbangan besar dibuat dengan tujuan untuk melabur kepada ahli politik atau parti politik. Ini menimbulkan persepsi negatif mengenai hubungan antara penderma dan penerima terutama jika penerima adalah pemerintah.
BACA: Akta dana politik: Istilah rasuah, derma perlu diperjelaskan sebaiknya
“Saya rasa sekiranya sumbangan dilakukan secara telus, mungkin beberapa persepsi negatif ini dapat diatasi. Tidak syak lagi wang mengalir seperti air dalam pilihan raya, saya tahu ia berlaku dan ia kerana ketidakcekapan peraturan,” katanya.
Mukhriz berkata demikian dalam webinar bertajuk ‘Money Politics: Financing Free And Fair Elections’ pada Sabtu.
Katanya lagi, dana politik juga membuatkan parti yang mempunyai lebih banyak wang dilihat berkedudukan lebih baik daripada parti yang tidak begitu banyak dananya.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming dalam webinar sama mencadangkan beberapa perkara untuk diperhalusi terutamanya berkaitan dana politik dan pilihan raya.
Jelaskan kepada pengundi muda mengenai ekosistem politik wang
Menurutnya, tumpuan utama yang perlu diberi perhatian berkaitan pemberian dana politik kepada parti adalah mekanisme dan ketelusannya.
“Derma kepada parti politik dan individu, jadi apabila anda ingin mengawal ini atau membuat orang mengisytiharkannya, apakah ia melibatkan sumbangan kepada parti politik atau individu atau kedua-duanya?
“Adakah ini hanya melibatkan syarikat atau individu dan apa kesannya terhadap kesediaan syarikat dan individu untuk menderma? Ini kerana sesetengah individu tidak keberatan untuk menderma tetapi mereka tidak mahu didedahkan.
“Beberapa syarikat juga tidak mahu berita berkaitan derma mereka didedahkan sama sekali tanpa mengira apa pun. Jika ada had, adakah ini berpotensi disalahgunakan oleh parti politik dan individu serta korporat? Itu merupakan sesuatu yang perlu dibincangkan,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#pilihan raya
#politik wang
#dana politik
#Mukhriz Mahathir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan