awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita BN ibarat arteri aorta... tersumbat aorta kena serangan jantung - Najib

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
14/08/2022
04:08 MYT
Wanita BN ibarat arteri aorta... tersumbat aorta kena serangan jantung - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, peranan Wanita BN boleh diibaratkan sebagai arteri aorta, iaitu pembuluh darah yang utama dalam badan manusia. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Wanita Barisan Nasional (BN) digambarkan sebagai tonggak dan jentera ulung dalam menggerakkan parti tersebut.
Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, peranan Wanita BN boleh diibaratkan sebagai arteri aorta, iaitu pembuluh darah utama dalam badan manusia.
"Wanita ini adalah aorta kepada parti kita. Kalau tersumbat aorta, kena serangan jantung.
"Kalau wanita merajuk atau lumpuh, mengkarap (rosak atau punah) parti kita... terjongkang parti kita.
"Jadi itulah paling tepat saya nak gambarkan peri pentingnya Wanita sebab itulah kita mesti menghargai Wanita.
"Ia dengan bukan sahaja ungkapan, bukan sahaja sanjungan, bukan sahaja dengan pujian tapi hasrat parti hati nurani mestilah dipenuhi dengan sbeaik-baiknya," katanya ketika berucap pada Konvensyen dan Pelancaran Jentera Wanita BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Ahad.
Mengulas lanjut, bekas Perdana Menteri itu berkata kepimpinan Wanita BN juga paling setia dalam perjuangan parti.
Walau bagaimanapun, Ahli Parlimen Pekan itu berharap Wanita BN mengatur strategi untuk mengenal pasti angka sebenar pengundi putih dan menarik kumpulan berkenaan keluar mengundi pada pilihan raya akan datang.
"Kita kena fikir di luar kotak mungkin kena buat program tertentu dengan jawatankuasa penduduk termasuk sebahagian besar luar yang merupakan faktor besar dalam kemenangan BN.
"Ini supaya bacaan pengundi putih tepat, jangan tak tepat.. Pengalaman dalam konteks sejarah politik yang pernah saya alami, bila bacaan tak betul, saya jadi mangsa.
"Sebab ada pengerusi perhubungan (BN) telefon saya pada pukul 5 petang kata kita dah menang (tetapi) pukul 6.30 petang kita kalah. Saya tanya kenapa menang? Kerana pengundi putih ramai yang keluar (mengundi). Soalnya apa sebab silap? Sebab bacaan tak tepat," ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Najib Razak
#Wanita BN
#Jentera BN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan