awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita MIC sasar 5,000 keahlian Briged Wanita MIC Feb depan

Bernama
Bernama
16/01/2022
11:45 MYT
Wanita MIC sasar 5,000 keahlian Briged Wanita MIC Feb depan
Ketua Wanita MIC Datuk Mohana Muniandy ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pertama Majlis Tertinggi Wanita MIC Kebangsaan sesi 2021-2024 di Bangunan MIC hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Wanita MIC menyasar untuk mencapai 5,000 keahlian Briged Wanita MIC menjelang Februari depan yang antara lain akan menjadi platform parti itu mendekati golongan wanita muda untuk menjalankan kerja-kerja sukarela dan kebajikan.
Ketua Wanita MIC Datuk Mohana Muniandy berkata sejak ia dilancarkan Disember lepas, keahliannya telah mencecah 1,500 orang.
"Melalui Briged Wanita MIC ini, kita telah bantu kira-kira 10,000 keluarga ketika negara dilanda banjir baru-baru ini terutamanya di Taman Sri Muda, Hulu Langat, Dengkil di Selangor, Karak dan Temerloh di Pahang.
"Jadi hasrat Briged Wanita MIC untuk jemput dan beri peluang kepada wanita muda untuk jadikan platform ini untuk bersama dan beri pertolongan sekali gus bekerjasama dengan ahli politik," katanya selepas Mesyuarat Pertama Majlis Tertinggi Wanita MIC Kebangsaan sesi 2021-2024 di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Mohana berkata pihaknya juga akan mengadakan program permukiman dengan semua ketua wanita dan timbalan ketua wanita Bahagian dalam masa terdekat bagi membuat persediaan di peringkat akar umbi dalam menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wanita MIC
#Briged Wanita MIC
#Ketua Wanita MIC
#Mohana Muniandy
#sukarela dan kebajikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan