awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS rampas kapal tangki kelima terkait Venezuela di Laut Caribbean
Pemilik bar ditahan susulan kebakaran maut malam Tahun Baharu di Switzerland
Putera Mahkota Iran bangkit sebagai figura protes selepas puluhan tahun dalam buangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita UMNO lantik barisan baharu kepimpinan

Sinar Harian
Sinar Harian
20/07/2018
23:30 MYT
Wanita UMNO lantik barisan baharu kepimpinan
Wanita UMNO melantik tujuh wakil bagi memperkasakan sayap parti itu ke arah usaha membawa pembaharuan dalam parti. - Gambar fail
Wanita UMNO melantik tujuh wakil bagi memperkasakan sayap parti itu ke arah usaha membawa pembaharuan dalam parti.
Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, ADUN Hulu Bernam, Datuk Rosni Sohar dilantik sebagai Penolong Setiausaha Wanita UMNO bagi sesi 2018 -2021.
Bekas Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Datin Maizatul Akmam Alawi pula dilantik sebagai Penolong Bendahari, bekas Setiausaha Akhbar kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ruhaidini Abd Kadir sebagai Ketua Penerangan dan Zaiyah Zainuddin sebagai Setiausaha Kerja.
Sementara itu, lima yang lain dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa iaitu Datuk Rosni Zahari, Datuk Noriah Mahat, Datuk Zaleha Hussin, Datuk Habibah Mohd Yusof dan Datuk Ida Moerni Zakaria.
Pelantikan dibuat Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad adalah selaras dengan Fasal 5.5 dan 11.3 Peraturan Pergerakan Wanita UMNO dalam Perlembagaan UMNO.
"Barisan Kepimpinan UMNO komited untuk bergerak bersama kepimpinan tertinggi UMNO dan Perhubungan UMNO Negeri dalam meneruskan usaha membawa pembaharuan yang diperlukan untuk Umno kembali menjadi kepercayaan rakyat," kata kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#kepimpinan
#Maizatul Akmam Alawi
#Rosni Sohar
#Ruhaidini Abd Kadir
#UMNO
#Wanita UMNO
#Zaiyah Zainuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan