awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warisan berhak tubuh cawangan di mana-mana sahaja - Pas

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
13/12/2020
07:46 MYT
Warisan berhak tubuh cawangan di mana-mana sahaja - Pas
Abdul Hadi berkata Pas yakin dengan kekuatan yang dimiliki oleh parti Islam itu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Tiada masalah untuk Parti Warisan Sabah (Warisan) mengembangkan sayap atau menubuh mana-mana cawangan di Semenanjung.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti pimpinan Datuk Seri Shafie Afdal itu berhak untuk membuka cawangan mereka memandangkan ia sebuah parti yang sah.
"Malaysia sebuah negara demokrasi. Di peringkat nasional Warisan sudah didaftar sebagai parti politik dan dia berhak tubuh cawangan di mana-mana sahaja di Malaysia.
"Tiada halangan dan tak boleh halang dia (Warisan) nak tubuh cawangan," katanya pada Sesi Dialog Pas bersama media di sini, pada Ahad.
BACA: Warisan ke Semenanjung bukan untuk berlawan dengan sesiapa - Shafie Apdal
Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata Pas yakin dengan kekuatan yang dimiliki oleh parti Islam itu.
"Sehingga hari ini kita sudah mempunyai hampir satu juta ahli di seluruh negara, mempunyai lebih 190 kawasan Parlimen, dan ribuan cawangan.
"Dengan sebab itu kita merasakan tak jadi masalah Warisan nak tubuh cawangan di mana-mana sahaja," jelas beliau lagi.
Sementara itu berhubung pelan Pas untuk memperkasakan Mufakat Nasional (MN), Abdul Hadi menegaskan parti itu hanya menjalin kerjasama dengan pucuk pimpinan UMNO.
"Pas mengadakan kerjasama dengan UMNO dalam MN di atas sifat parti, bukan kumpulan-kumpulan.
"Oleh sebab itu kita tidak perlu mengambil kira kumpulan-kumpulan. Pertemuan yang kita buat adalah (bersama) kepimpinan yang rasmi dalam UMNO, (sementara) kumpulan kita tak terima, itu tidak rasmi," katanya.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Shafie Apdal
#PAS
#UMNO
#Parlimen
#Warisan ke Semenjung
#Warisan cawangan
#Muafakat Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan